Wednesday, July 1, 2015

Syukur pada setiap nikmat yang ALLAH berikan

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Anak2 umi, umi setiap kali memandang wajah kamu berdua tido, umi rasa syukur yang amat. dalam masa yang sama, umi juga merasa sayu, sayu mengenangkan yang anak2 umi sekarang kena belajar hidup tanpa abi disisi. Tapi, umi selalu ingatkan diri umi, yang kita semua ada ALLAH. Umi akan terapkan dalam hati kita semua yang ALLAH sentiasa bersama kita dan semua adalah milik ALLAH. itulah sebenar-benarnya hikmah disebalik pemergian abimu. ye, walaupun sukar...tapi in shaa ALLAH kita akan diberikan kekuatan. Jangan tinggal doa dan solat ye sayang2 umi.


Kakak and adik tidur beriringan

Kakak rindu abi selepas seminggu pemergian abi. Tidur bersama dengan baju abi

 
Suka umi tengok luqman tidur dengan pipi dia yg mulus and tembam


Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah

Sunday, June 28, 2015

Batu Nisan buat Allahyarham suamiku tercinta

Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum abang, sabtu malam ahad (27/6/2016) haritu kami semua berbuka di rumah kondo yang rancangan asalnya kita akan duduki tapi tidak sekarang abang. saja ajak mama, abah, kakak dan ijoi sekeluarga berbuka di situ sambil baca doa selamat sekali. alhamdulillah, dapat kami semua berkumpul dan dah alang2 tu saya belikan cake untuk Luqman. Celebrate awal dari tarikh 30 June sebab dah berkumpulkan. cuma, Luqman tak berapa sihat dan cranky. saya pun tak berapa sihat pada masa yang sama.

Malam tu ajak mama abah tido sekali dan keesokannya kami semua akan ke kubur untuk letak batu nisan abang yang dah siap. Batu nisan abah dari batu sungai yang abahmama, aqli dan adam pilih. In shaa ALLAH batu ni akan terus berzikir untuk abang. saya dan Luqman tak turun sebab panas dan lagipun ramai orang. kebetulan ada ahli kubur yang baru selesai ditanamkan pada masa kami sampai. dan Luqman pun tak berapa sihat, elok kami tinggal saja dalam kete. takut dia meragam nanti.

Dari jauh saya lihat rumaysa bersama dengan payungnya bang. sayu saya lihat, anak kita Rumaysa sekecil itu telah menerima dugaan yang agak besar buatnya. takpela bang, ini semua untuk memantapkan keperibadian dia sebagai seorang muslimah. ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku. saya akan pastikan rumaysa dan luqman kirimkan doa dan pahala buat kita nanti bang...in shaa ALLAH
 Ketibaan atok, opah, pak long and mak long
 Dua cake Luqman potong - kiri: di kondo(cake umi order) , kanan: di rumah seksyen 8(mak usu order untuk sambut fathers day, tp x sempat potong)
 Lawatan ke kubur abi, Rumaysa yang solehah, umi tak bawa tudung, dia kata nampak aurat. Ada telekung je, so dia pakai telekung (28/06/16)
Arissa ( 2 yrs old) and kakak Rumaysa ( 4 yrs old and 7 months)

Thursday, June 18, 2015

Kisah 2 Ramadhan 1435H bersamaan 30 June 2015

Bismillahirrahmaanirrahim...

(Sambungan Kisah 1 Ramadhan 1435 : Kisah 1 Ramadhan)

Pada pukul 2.00 pagi, nurse datang sambil bertanya, "tahan lagi tak puan, ok tak?". Umi dah tak tahan, umi minta pain killer dari nurse. Waktu tu bukaan baru 3 cm. Abi di sisi setia menemani. Setelah nurse memberi suntikan pain kileer, umi masihgelisah dan tak boleh rest. Pada pukul 3 pagi, nurse check bukaan dan bukaan dah 8 cm. Cepat-cepat nurse menelefon dr. Pukul 3.30 pagi, Dr pun datang. Belum sempat Dr menukar baju, dia pecahkan air ketuban umi.

Masa dia pergi menukar baju, umi tak tahan dan umi push.....and nurse jerit. Dr dah nampak kepala. Cepat-cepat Dr masuk dan in time untuk menyambut baby. Leganya umi rasa, namun, apa yang bakal umi adapi lagi sakit dr sakit bersalin. Dr tak sempat buat episotomi, jadi koyak 1st degree....sakitnya hanya ALLAH yang tahu. time tulah umi tak lepas-lepaskan tangan abi. setiap kali terasa sakit, umi akan menggenggam tangan abi kuat-kuat.

Alhamdulillah, lahir sudah mujahid umi, anak kami berdua, adik kakak rumaysa yang diberi nama Luqman bin Hasfaradi. itulah kali terakhir umi bersalinkan zuriat dari abimu, Hasfaradi bin Halimi. Itu juga merupakan kali terakhir dia menemankan umi menjalankan check up dan berada di labour room bagi menyambut kelahiran zuriatnya. itu juga merupakan kali terakhir dia mengazankan dan mengiqamahkan zuriatnya.

Luqman, namamu kami pilih sempena Surah Luqman. Semoga Luqman membesar menjadi Luqman Al-Hakim, Luqman yang bijaksana sepertimana Luqman yang diceritakan didalam Al-Quran. salah satu sebab juga, supaya setiap kali kami membaca surah Luqman, kami akan mendoakanmu anakku. Luqman ketahuilah, hadir mu rupanya bakal menggalas beban abimu pabila engkau baligh nanti. Luqman adalah wali kepada kakak Rumaysa dan Ummi.

walaupun Luqman, tak kenal abi. Tapi ketahuilah Luqman, abi telah menjalankan tugasnya sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab. dia telah menunaikan haqnya sebagai ayah. dia telah memberikan nama yang baik kepadamudan mengaqiqahkanmy. Malah dia telah menjagamu, menidurkanmu, memberi susu kepadamu, menukar pampersmu, membersihkan najismu apabila Luqman poo-poo, memandikanmu, memberimu makan dan bermain denganmu Luqman. dia telah melunaskan haqnya ke atasmu Luqman. Sekarang dia telah dijemput Ilahi. Umi berdoa dan berharap agar Luqman pula menunaikan haq sebagai anak iaitu sentiasa mendoakannya.






Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah 
 

Wednesday, June 17, 2015

Kisah 1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2014

Bismillahirrahmaanirrahim,

Dalam pukul 9 pagi, seusai suamiku (Allahyarham Hasfaradi) mengurut kakiku yang semakin hari semakin lenguh, aku pun bangkit untuk membersihkan diri. nikmatnya bila setiap hari ada orang mengurut kaki kita, dari hari pertama kita mengandung sehinggalah usia kandungan mencecah 38 minggu. dalam hati, sangat bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan seoarang suami yang rajin dan sanggup mengurut kaki kita setiap hari. pagi tadi selepas sahur, tak putus-putus aku berdoa agar aku dapat bertahan sehingga waktu berbuka, memandangkan aku tengah tunggu waktu sahaja untuk bersalin.

Tiba-tiba terlihat darah mengalir keluar. aku memandang suamiku sambil berkata, " Bang, today is the D-dayla bang". Sambil ku menarik nafas dalam-dalam, ku memberitahu diri supaya relax, jangan panic. Kami berdua memberitahu Rumaysa yang dia kena duduk dengan jad and jaddah, adik nak keluar hari ni, abi kena temankan umi ke hospital.

selesai mandi dan bersiap, aku pergi mendapatkan emak dan ayah. belum sempat aku membuka mulut, emakku memberitahu yang rumaysa dah bagitau dulu dah. adik nak kuar hari ni, umi keluar darah. petah sungguh anakku yang sulong.

selepas mencium anakku yang sulong, dan meminta emak dan ayah mendoakan agar dipermudahkan proses bersalin, bergeraklah kami ke SJMC. kami terus masuk ke labour room sama seperti waktu aku bersalin anak kedua. kebetulan, hari itu hari ahad dan hari pertama puasa, hospital sedikit sunyi. dan akulah satu-satunya patient di labour room pada pagi tu. Misi pun terus melakukan pemeriksaan  atas arahan doktor. memang ada darah, tapi bukaan baru 1/2 cm and contraction pun very mild. tapi sebab dah ada darah, doktor suruh tahan and tak bagi balik.

duduklah kami di labour room tersebut. lama-kelamaan contraction semakin kuat. aku menyuruh suamiku balik dulu untuk berbuka dan datang kembali selepas selesai berbuka. Misi pun kata lambat lagi bersalin ni. Ouch....makin lama makin kerap contraction dan makin sakit selepas isya'.

cerita seterusnya akan bersambung pd 2 ramadhan, esok hari.

itulah cerita satu ramadhan, ramadhan terakhir buatmu suamiku. moga ia ramadhan yg terbaik buatmu.

 Luqman 4 bulan main dengan abi

 Luqman baru lepas mandi

Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah 

Rumaysa and abi part 2

Bismillahirrahmaanirrahim......

More pictures of you and abi, for you to see Rumaysa:

Hari Raya Haji 1435H

Tahnik Luqman bersama ust Raihan, Ramadhan 1435H. Ustaz Raihan, baru kematian isteri sebulan sebelum dia melakukan tahnik Luqman.


Thursday, June 4, 2015

Rumaysa and abi

video
bismillahirrahmaanirrahim,

dear my solehah daughter,

umi dedicate this post with lots of pictures of you and abi. you know that your abi love you sooo much and he only aimed for his children is to become a good, taqwa muslim and always send him DOA....he said: tujuan hidup kita hanya 3- amal jariah, ilmu manfaat dan Doa anak yang soleh. don't forget that my girl, Rumaysa bin Hasfaradi

 lunch time in Majestic Hotel with Jad's clan - August 2014
your 4th birthday celebration in BBIM - November 2014

Selfie with abi in BBIM - November 2014

 you took a picture of your Abi - March 2015

 Singapore and legoland trip with Rusmah Arunan & Assoc- December 2014

  Singapore and legoland trip with Rusmah Arunan & Assoc- December 2014

  Singapore and legoland trip with Rusmah Arunan & Assoc- December 2014

  Singapore and legoland trip with Rusmah Arunan & Assoc- December 2014

jalan-jalan with abi - early 2015



Tuesday, June 2, 2015

Sebulan Berlalu Tanpanya disisi



Bismillahirrahmaanirrahim....

Abang,

Tarikh hari 2/6/2015, bermakna sudah sebulan abang meniggalkan kami semua. Banyak perkara yang berlaku dalam masa sebulan ni abang. Luqman dan rumaysa kena chicken pox, luqman dah pandai jalan dan boleh buat macam-macam. Nanti saya ceritakan, tapi saya nak cerita mengenai demam demam campak kedua-dua anak kita. 

Hari kelima abang pergi, Luqman kena demam campak. patutla 2-3 hari sebelum kena badan dia dedar and dia nak berdukung je. Alhamdulillah mak ambil cuti sepanjang minggu tu, jadi saya tak penat sangat. cuma ada satu malam dia tak nak tido dan saya terpaksa dukung dia sepanjang malam.
selang dua hari, kakak rumaysa pula badan dia panas, saya dah agak yang dia pun akan kena juga. tapi dia keluar kecil-kecil. Luqman keluar besar-besar abang lebih kurang sama macam abang punyer penyakit dan seluruh badan. pada hari jumaat pagi, saya bawa diorang pergi klinik Adek, saya risau sangat, dan saya cerita dekat dr Amdan mengenai abang. Dia kata kenapa tak bawa semalam, sian luqman. lepas tu dia bagi ubat minum untuk bunuh virus untuk mereka. rumaysa, memang tak keluar banyak abang, dengan izin ALLAH ubat tu memang menghalang dari chicken pox keluar dengan banyak. tapi luqman, keesokannya masih lagi keluar, dan makin banyak. malam tulah yang dia tak boleh tidur. Baik Dr tu abang, consultation dia tak charge pun, ubat je dia charge. rezeki anak-anak kan bang.

keeseokan paginya, saya sangat risau sebab semakin banyak keluar dan besar-besar. so, saya decide pergi balik ke klinik adek balik. kali ni doktor on call yang ganti dr Amdan. Dr tu senior saya di Hira'. saya cerita mengenai abang. dia kata ni nampak cam normal chicken pox, tapi since his father has the auto immune disease, dia refer to DEMC. pergilah kami ke DEMC, tapi bilik single penuh, kena tunggu petang baru boleh check-in. balik je rumah, rupanya mak dah call klinik dr nathan.

staff kat situ kenal abang, dia kata sorry for the lost. so, mak citer pasal luqman. dia kata kenapa tak bawa semlm dan suruh datang secepat mungkin sebelum pukul 12. so, kami cepat-cepat ke sana plak. sampai je klinik, dr nathan belum sampai. tapi dia kata dia akan bagi luqman and rumaysa priority. tak payah tunggu. lepas je dr nathan sampai, kami pun masuk bilik consultation. dr nathan confirmed it is a chicken pox and continue with the medicine dari klinik adek. lega saya abang, alhamdulillah. saya say thank you kat dia sebab take a good care of abang for all these years. He said: your husband is a really nice man, never complaints. dr ho also said the same. typical you abang, always stay positive and bersangka baik dengan ujian yang menimpa. Dr Nathan pun bagi FOC abang, no payment. Alhamdulillah rezeki anak-anak dan rezeki abang.

Abang, sebab abang baik dan soleh semasa hayat abang, walaupun abang tiada, sebab akhlak abang, kami sekeluarga dapat layanan yang baik dr orang yang pernah mengenali abang. syukur ya ALLAH, Moga abang ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.

yang merindui dan yang selalu mendoakanmu, isterimu, ummi rumaysa dan luqman.

 Hari ketiga di ward biasa sebelum allahyarham Hasfaradi di masukkan ke ICU
Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah