Monday, July 20, 2015

1 Syawal 1436 Hijrah

Bsimillahirrahmaanirrahim.....

Hari lebaran kali ini tidak sama dengan hari lebaran sebelumnya. Lebaran kali ini disambut tanpa cinta seorang suami dan kasih seorang bapa. Gelaranku bukan lagi seorang isteri tetapi seorang balu kepada Hasfaradi. Begitu juga gelaran anak-anakku, iaitu anak yatim pada Syawal 1436 Hijrah ini.

Kalau diikutkan hati, rasa tak nak menyambut syawal buat kali ini. tapi mengenangkan Rumaysa dan Luqman yang sungguh teruja untuk merayakan raya kali ini, ku gagahkan juga membeli baju raya dan persiapan mereka. Walaupun terasa amat berat untuk melangkah ke 1 Syawal, alhamdulillah survive juga raya pertama tanpa seorang suami.

Tapi tidak dinafikan, aku rindu untuk mencium tanganmu, meminta maaf di pagi raya. Rindu yang teramat. Sehingga aku menangis teresak-esak dibahu ibuku saat aku bersalam dengannya. Allah, akhirnya air mata ini tak tertahan lagi. tabahlah wahai hati.


Tuesday, July 14, 2015

Lagi dua hari Umat Islam akan menyambut Hari Raya

Bismillahirrahmaanirrahiim.....

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yg ke-28 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi dua hari lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436 H. Raya tahun ni tidak akan sama, kerana tiada suami tercinta disisi, hanya beraya dengan anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Perlakuan dan akhlak kena jaga kerana masih lagi dalam tempoh iddah.

Maknanya umi kena membuat persediaan dari segi mental. Jangan terlalu emotional i.e. jangan terlalu sedih, termenung jauh dan yang paling penting kena take easy with anak-anak syurga. Jangan marah-marah diorang, especially kakak Rumaysa.

Dan kena extrakan tenaga untuk tolong jaddah berkerja di dapur. Moga ALLAH berikan kekuatan dan kemudahan buat umi.

Sunday, July 12, 2015

Anak susuan

Bismillahirrahmaanirrahiim......

Anak susuan merupakan anak yang diberi susu ibu selain daripada ibu kandungnya. Umi juga mempunyai anak susuan. Anak adim umi, pak ngah Luqman dan Rumaysa merangkap sepupu kepada kamu berdua. Nama anak susuan umi ni, Hana Humaira lahir pada 14 May 2015, 12 hari selepas pemergian Arwah abi. Nama Hana Humaira juga adalah idea dari abg Luqman dan kakak Rumaysa.    Hana - Abg Luqman suka sebut nanana..dan suka dengar qasidah ya hanana 
Humaira - ni special request dari kakak Rumaysa. Dulu waktu abi ada, Rumaysa menyatakan hasratnya, Rumaysa nak adik lagi, adik girl dan nak letak nama Humaira. Umi pandang abi, in shaa ALLAH, tunggu adik Luqman besar sikit ye. Abi hanya tersenyum dan berkata in shaa ALLAH.

Tapi, Rumaysa dan Luqman tetap dapat adik......iaitu adik Hana Humaira. Kiranya Hana ni mahram Luqman......anak susuan umi. Alhamdulillah. Banyak pandangan mengenai bilangan penyusuan yang akan menimbulkan ikatan mahra. Ada yang kata 2-3 kali kenyang. Ada yang kata hingga 5 kali kenyang. tapi sebab sekarang kita bagi dalam botol. Umi dah supply dalam 15 oz. Dan ada juga yang umi bagi direct. 

 

Moga anak-anak umi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Yang akan menjadi khalifah yang beriman dan bertaqwa.


Thursday, July 9, 2015

Kematian itu pasti, tidak awal atau lambat sesaat pun

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Semalam, 22 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 9 July 2015, sahabat kami ditempat kerja, kak su, kehilangan suami tercinta. bagiku, ujiannya lagi hebat dan berat. Bayangkan, dia bangun untuk bersahur lebih kurang pukul 5 pg dan mendapati suaminya sudah tersembam kaku di atas lantai. dia  tiada sakit atau tanda apa-apa sebelumnya, melainkan dia mengadu yang dia sakit dada. Malam sebelumnya juga, mereka berbuka bersama-sama, bergelak tawa, tapi keesokan harinya, dia telah tiada buat selamanya. yang paling sedih, raya juga hanya tinggal beberapa hari sahaja.

Tapi, syukur alhamdulillah, ALLAH ambil nyawanya pada 10 hari terakhir ramadhan. Andai dia sempat bertaubat, dan malam itu merupakan malam lailatulqadr, alangkah untungnya dia. Saat aku bersalaman dan memeluknya, tak terbendung air mata ini. aku paham sebab aku mengalaminya. Hanya mampu mengucapkan sabar dan mendoakan agar beliau diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kehidupan tanpa suami tersayang.

suamiku, saya selalu mengingatkan diri ini, ada orang yang lagi hebat ujiannya dari saya. Saya pernah berdoa yang biarlah saya kehilangan orang tersayang bukan secara mengejut seperti kak su. Alhamdulillah, Allah makbulkan. sekurang-kurangnya abang meninggal di hospital dan sempat saya berbakti kepada abang di saat-saat akhir nyawa abang.

Al-fatihah buat abang dan suami kak su.

Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah






Wednesday, July 8, 2015

Kenangan Terindah

Bismillahirrahmaanirrahim.....

Wahai suamiku,

semalam lagu ini menjengah di saluran radio. setiap kali ku mendengar lagu ini, aku akan terkenangkanmu. Kaulah kenangan terindah buatku walaupun hanya untu seketika.

Ya ALLAH ya tuhanku, yang memiliki jiwa-jiwa kami, Ampuni dosa suamiku, Lindungi dia dari siksa kubur, Lindungi dia dari azab api neraka. Tempatkan dia di Jannah, pertemukan kami di Jannah 


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu…
Kutemukan hidupku
Bagiku…
Kau lah cinta sejati
Yeah ooh…
(Bagiku engkau lah cinta sejati)

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Ooh…



Wednesday, July 1, 2015

Syukur pada setiap nikmat yang ALLAH berikan

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Anak2 umi, umi setiap kali memandang wajah kamu berdua tido, umi rasa syukur yang amat. dalam masa yang sama, umi juga merasa sayu, sayu mengenangkan yang anak2 umi sekarang kena belajar hidup tanpa abi disisi. Tapi, umi selalu ingatkan diri umi, yang kita semua ada ALLAH. Umi akan terapkan dalam hati kita semua yang ALLAH sentiasa bersama kita dan semua adalah milik ALLAH. itulah sebenar-benarnya hikmah disebalik pemergian abimu. ye, walaupun sukar...tapi in shaa ALLAH kita akan diberikan kekuatan. Jangan tinggal doa dan solat ye sayang2 umi.


Kakak and adik tidur beriringan

Kakak rindu abi selepas seminggu pemergian abi. Tidur bersama dengan baju abi

 
Suka umi tengok luqman tidur dengan pipi dia yg mulus and tembam


Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah