Tuesday, August 11, 2015

Memory.....

Bismillahirrahmaanirrahiim.....

Exactly this date 2 years ago.......you will be inside my heart always my dear late husband....al-fatihah


Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah

Thursday, August 6, 2015

Rumaysa's Eidulfitri 1436H celebration at school


Bismillaahirrahmaanirrahim....

Every year, Rumaysa will celebrate Eidulfitri with her friends. some pictures of her taken by her aunty since umi can't joint her this year and abi is not here to accompany her anymore :( (al-fatihah).
Throwback last year Eidulfitri 1435H with my late Abi (Al-fatihah to abi)


Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah

Rumaysa's School Trip

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Alhamdulillah, yesterday was Rumaysa school trip to Smart Junior Chef . at first, umi had agreed to come along. however, Allah's plan, umi can't came along due to unforeseen works requirement. however, umi had given some advices to Rumaysa and also texting her aunty to look after her. here goes some of the pictures of Rumaysa and her friends:





Monday, July 20, 2015

1 Syawal 1436 Hijrah

Bsimillahirrahmaanirrahim.....

Hari lebaran kali ini tidak sama dengan hari lebaran sebelumnya. Lebaran kali ini disambut tanpa cinta seorang suami dan kasih seorang bapa. Gelaranku bukan lagi seorang isteri tetapi seorang balu kepada Hasfaradi. Begitu juga gelaran anak-anakku, iaitu anak yatim pada Syawal 1436 Hijrah ini.

Kalau diikutkan hati, rasa tak nak menyambut syawal buat kali ini. tapi mengenangkan Rumaysa dan Luqman yang sungguh teruja untuk merayakan raya kali ini, ku gagahkan juga membeli baju raya dan persiapan mereka. Walaupun terasa amat berat untuk melangkah ke 1 Syawal, alhamdulillah survive juga raya pertama tanpa seorang suami.

Tapi tidak dinafikan, aku rindu untuk mencium tanganmu, meminta maaf di pagi raya. Rindu yang teramat. Sehingga aku menangis teresak-esak dibahu ibuku saat aku bersalam dengannya. Allah, akhirnya air mata ini tak tertahan lagi. tabahlah wahai hati.


Tuesday, July 14, 2015

Lagi dua hari Umat Islam akan menyambut Hari Raya

Bismillahirrahmaanirrahiim.....

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yg ke-28 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi dua hari lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436 H. Raya tahun ni tidak akan sama, kerana tiada suami tercinta disisi, hanya beraya dengan anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Perlakuan dan akhlak kena jaga kerana masih lagi dalam tempoh iddah.

Maknanya umi kena membuat persediaan dari segi mental. Jangan terlalu emotional i.e. jangan terlalu sedih, termenung jauh dan yang paling penting kena take easy with anak-anak syurga. Jangan marah-marah diorang, especially kakak Rumaysa.

Dan kena extrakan tenaga untuk tolong jaddah berkerja di dapur. Moga ALLAH berikan kekuatan dan kemudahan buat umi.

Sunday, July 12, 2015

Anak susuan

Bismillahirrahmaanirrahiim......

Anak susuan merupakan anak yang diberi susu ibu selain daripada ibu kandungnya. Umi juga mempunyai anak susuan. Anak adim umi, pak ngah Luqman dan Rumaysa merangkap sepupu kepada kamu berdua. Nama anak susuan umi ni, Hana Humaira lahir pada 14 May 2015, 12 hari selepas pemergian Arwah abi. Nama Hana Humaira juga adalah idea dari abg Luqman dan kakak Rumaysa.    Hana - Abg Luqman suka sebut nanana..dan suka dengar qasidah ya hanana 
Humaira - ni special request dari kakak Rumaysa. Dulu waktu abi ada, Rumaysa menyatakan hasratnya, Rumaysa nak adik lagi, adik girl dan nak letak nama Humaira. Umi pandang abi, in shaa ALLAH, tunggu adik Luqman besar sikit ye. Abi hanya tersenyum dan berkata in shaa ALLAH.

Tapi, Rumaysa dan Luqman tetap dapat adik......iaitu adik Hana Humaira. Kiranya Hana ni mahram Luqman......anak susuan umi. Alhamdulillah. Banyak pandangan mengenai bilangan penyusuan yang akan menimbulkan ikatan mahra. Ada yang kata 2-3 kali kenyang. Ada yang kata hingga 5 kali kenyang. tapi sebab sekarang kita bagi dalam botol. Umi dah supply dalam 15 oz. Dan ada juga yang umi bagi direct. 

 

Moga anak-anak umi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Yang akan menjadi khalifah yang beriman dan bertaqwa.


Thursday, July 9, 2015

Kematian itu pasti, tidak awal atau lambat sesaat pun

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Semalam, 22 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 9 July 2015, sahabat kami ditempat kerja, kak su, kehilangan suami tercinta. bagiku, ujiannya lagi hebat dan berat. Bayangkan, dia bangun untuk bersahur lebih kurang pukul 5 pg dan mendapati suaminya sudah tersembam kaku di atas lantai. dia  tiada sakit atau tanda apa-apa sebelumnya, melainkan dia mengadu yang dia sakit dada. Malam sebelumnya juga, mereka berbuka bersama-sama, bergelak tawa, tapi keesokan harinya, dia telah tiada buat selamanya. yang paling sedih, raya juga hanya tinggal beberapa hari sahaja.

Tapi, syukur alhamdulillah, ALLAH ambil nyawanya pada 10 hari terakhir ramadhan. Andai dia sempat bertaubat, dan malam itu merupakan malam lailatulqadr, alangkah untungnya dia. Saat aku bersalaman dan memeluknya, tak terbendung air mata ini. aku paham sebab aku mengalaminya. Hanya mampu mengucapkan sabar dan mendoakan agar beliau diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kehidupan tanpa suami tersayang.

suamiku, saya selalu mengingatkan diri ini, ada orang yang lagi hebat ujiannya dari saya. Saya pernah berdoa yang biarlah saya kehilangan orang tersayang bukan secara mengejut seperti kak su. Alhamdulillah, Allah makbulkan. sekurang-kurangnya abang meninggal di hospital dan sempat saya berbakti kepada abang di saat-saat akhir nyawa abang.

Al-fatihah buat abang dan suami kak su.

Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah