Showing posts with label THOUGHTS. Show all posts
Showing posts with label THOUGHTS. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Bismillahirrahmaanirrahim....


Rumaysa maafkan umie

umie tak banyak masa ngan rumaysA

kadang2 umie selalu blame awak sebab tak cukup tidorla, takde masala

Umie juga rasa jelaous ngan development baby org lain

sebenarnya rumaysa tak bersalah umie yang bersalah tak jadi umie yang baik dan tak tolong for your development skill

Ya ALLAH, jadikanlah aku umie yang terbaik buat Rumaysa dan adik2nya.

Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan kurniaan MU....Rumaysa sebagai anakku

Semoga Rumaysa menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat

dan janganlah aku berasa cemburu terhadap org lain kerana Engkau telah berikan sesuatu yang terbaik buatku

Moga aku lebih tabah dan cekap di dalam kehidupan ini ya ALLAH

Wednesday, January 6, 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Semalam, bersamaan dgn 6 Januari 2010, umurku sudah bertambah seangka lagi.......tambahnya umur maknanya semakin hampir aku dgn kematian. Ya, walaupun pahit untuk menelan kenyataan, tetapi itu adalah hakikat yang mesti diingat selalu.

Walaupun begitu, kesyukuran yang tidak tergambarku panjatkan kepada ALLAH yang maha ESA, diatas nikmatNYA buat diri ini, kerna masih lagi diberi nafas untuk terus hidup menabur bakti kepada suami, mak, ayah, rakan2 sejati dan masyarakat sekelilingku. Dan yang paling menyentuh hatiku adalah atas rahmat ALLAH yang tidak terhingga memberikan hadiah yang teristimewa pada hari lahirku yg ke 25 ini. Hadiah yang tiada nilainya dan akan ku jaga sehingga nafasku berhenti......sebuah perkahwinan yang penuh keberkatan hendaknya bersama suamiku, En Hasfaradi Halimi.

Teringat kembali sewaktu zaman bujang dahulu, sewaktu ku tidak tahupun kewujudan seorang lelaki bernama Hasfaradi.....terbaca riwayat imam Ahmad:
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa
sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” - (Riwayat Imam Ahmad)
Waktu itu, hanya mentaati suami yang tidak dapatku buat, teringin rasanya untuk mempunyai seorang suami. Tetapi kini, alhamdulillah, dengan adanya seorang suami sekarang, lagi mudah untuk masuk syurga dan mendapat pahala(tetapi mestilah berlandaskan syariat ALLAH). Itulah keistimewaan seorang wanita apabila bergelar isteri.

Bukanlah kenyataan di atas untuk menimbulkan rasa irihati buat teman-teman yang masih belum bergelar isteri. Cuma ingin berkongsi rasa sewaktu diriku masih tidak punya sesiapa dahulu. Waktu terbaca Riwayat Imam Ahmad, kumenanam sebuah impian, impian untuk menjadi seorang isteri kepada suami yang beriman. Alhamdulillah, impian itu tercapai juga dan sekarang terpulang pada diriku untuk berusaha menjadi isteri yang taat pada suami selagi tidak melanggar syarak.

Imam Hassan Al-Banna pernah berkata: impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Jadi, tanamlah sebuah impian. Apa saja impian, asal sahaja impian itu measurable(boleh diukur), achievable(boleh dicapai) dan reasonable(berpatutan). InsyaALLAH akan jadi kenyataan dengan usaha dan doa yang tidak putus2. Bukankah azam pada tahun baru @ new year resolution itu juga merupakan sebuah impian. Impian pada tahun 2010. Oleh itu, impianku pada tahun ini untuk menjadi isteri yang solehah, pekerja yang lebih efficient dan berdedikasi dan tidak lupa juga ibu yang mithali......insyaALLAH.

Impian Hari ini adalah kenyataan hari esok

Tuesday, August 4, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim.....

Sedar tak sedar, lagi dua minggu kita akan bertemu dgn bulan yang mulia....RAMADHAN MUBARAK. Rasanya, baru je lepas sambut raya....betapa cepatnya masa berlalu di akhir zaman ini.

Saya mengharapkan saya akan buat yang terbaik untuk RAMADHAN kali ini. Perbanyakkan ibadah kerana saya tidak tahu adakah RAMADHAN ini RAMADHAN yang terakhir. Lagipun RAMADHAN ini merupakan RAMADHAN paling istimewa dalam hidup saya kerana ALLAH telah menganugerahkan saya nikmat yang paling bernilai ke atas diri ini....alhamdulillah.

Allahumma barriklana fi Sya'ban wa ballighuna Ramadhan"Ya Allah berkatilah kami di Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke Ramadhan"

Semoga ALLAH menerima ibadah saya dan memberi keredhaan ke atas diri ini.

YA ALLAH, sesunggunya nikmat yang ENGKAU berikan kepada hambaMU ini sangat ternilai. Akan ku jaga dan ku peliharanya dan semoga ENGKAU kurniakan keberkatan ke atasnya...ameen....


To love someone is nothing
To be love by someone is something
To be love by someone we love is exciting
BUT to be love BY ALLAH is everything



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, July 29, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim....

TRIPLE and OPOK

Kami sekeluarga mempunyai dua ekor kucing anak-beranak. Triple, anaknya dan Opok, emaknya. Dua beranak ni tak ngam antara satu sama lain. Tapi si anak suka serang hendap ibunya yang dah tua tu, time dia nak bergurau. Apa yang kami perasan, Triple selalu nak dekat2 dgn emaknya, tapi emaknya buat tak layan je....huhuhu. Cuma, triple sangat menghormati ibunya. Kalau time makan, Triple akan dulukan ibunya dan sabar menanti makanannya siap, walaupun sebenarnya makanan itu untuknya.

Opok ni sakit gigi, disebabkan faktor usia. Kadang2 kesian tengok dia makan, bila terkena gusi, dia akan mendengus-dengus kesakitan. Tidur pula, air liurnya meleleh-leleh. Badan Opok juga kurus. Bulu pula dah banyak yg gugur. Opok, nia ada angin kus-kus.....nak pegang dia kena hati2, silap2 haribulan mau tercalar tangan kita.

Triple pula, dia ni garang sikit dan banyak mulut. Pegang je sikit, mengiau dia bukan main lagi. Dia tak suka kena peluk dan tak suka bermanja-manja, tapi nak dekat-dekat ngan kita. Cuma tak nak kita belai dia. Pelik tol, setakat ni kalau org dtg mesti menyorok, kalau org nak belai dia, dia lari. Pernah gakla main kejar-kejar ngan dia. Dia suka tido dlm bilik aircond. Kalau pintu bilik tertutup, dia akan beri salam kat depan pintu.....hehehe. Nak masuk umah pun dia akan beri salam.

Kami juga mempunyai kucing2 angkat. Seekor batu je meninggal, sebab penyakit kurap. Kasihan dekat dia. Try ikhtiar bawa pergi klinik, tapi dia meronta-ronta dalam sangkar, menyebabkan badannya berdarah-darah. Kami lepaskan dia, tak sanggup melihat dia begitu rupa. Kucing angkat, maksudnya, kami beri makan sahaja, tapi mereka tak ley masuk rumah. Itu syaratnya.

Kadang-kadang, daripada pemerhatian saya, Triple ni perangai dia lebih kurang like me...huhuhu. Betulkah perangai binatang belaan refleksi perangai tuannya?

Betapa indah makhluk ciptaan ALLAH ini. Membelainya, membuatkan kita gembira. Berbuatlah baik sesama makhluk ALLAH, kerna mereka juga sentiasa berzikir. tetapi manusia yang dikurniakan akal dan dianggap mulia ini selalu terlupa untuk berxikir mengingati ALLAH. Persoalannya, muliakah kita berbanding mereka?

Makan time......teka mana satu Triple dan mana satu Opok?

Inilah Triple atau anjer atau lily......org nak belajar...dia pun nak belajar sekali

Tazkirah kali ini:

Sentiasalah berzikir nescaa ALLAH akan ingat padamu dan hati kamu tidak akan pernah mati...ALLAH berfirman: "Krn itu, ingatlah kpdKU, nescaya AKU ingat kpdmu" (Albaqarah 2:152), Ibnu Taimiyah r.h. berkata:"dzikir bg hati, bagaikan air bg ikan. Maka bagaiman kondusi ikan jike meninggalakan air" (Hisnul Muslim:m/s3)

Tuesday, July 21, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim.....

LAW OF ATTRACTIONS
Assalamulaikum kawan2,

Pernah dengar law of attractions. Ini bukan ilmu guna2 untuk memikat tau. Kenapa saya kata begitu, sebab dulu pun saya ingat cenggitu...huhuhu


Saya nak berkongsi dengan semua ilmu law of attractions yang diberi oleh seorang sahabat yang sangat prihatin kepada saya ^_______^ Saya minta izin publishkan ye, ilmu berguna elok disampaikan supaya semua peroleh manfaat dan semoga sahabatku ini di berikan ganjaran oleh ALLAH ^_^

Sebab utama perkongsian kerana saya sangat sedih apabila mengetahui sahabat2 menghadapi kemurungan akibat drpd masalah yang dihadapi. Saya ingin membantu dan saya harap ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah yang dihadapi (especially to Wan and Zahrah) Ya, sebab saya juga pernah menghadapinya, dan akan terus menghadapinya kerana inilah kehidupan.


Law of Attractions ini secara ringkasnya ialah apa yang kita fikirkan, kita akan menariknya dengan izin Allah tidak kira perkara baik atau buruk. Bila kita berfikir atau menyatakan sesuatu, satu getaran (vibration) akan terhasil dan Law of Attraction akan bertindak balas.


Pernah dengar lagu, jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan kegagalan, kegagalanlah kita akan perolehi. Saya akui, kita susah untuk mengubah apa yang dah tertanam di dalam fikiran kita. Tetapi, kalau kita tulis, dan baca tiap2 hari, secara tak langsung ianya akan mengubah pemikiran kita dan terpantul kepada orang sekeliling kita.


Sahabat saya cadangkan, kita buat senarai perkara yang kita tidak suka dan perkara yang kita suka in colums. Contohnya (in my case):


Perkara Yang Aku Tidak Suka Perkara Yang Aku Suka
Aku tidak suka rakan sekerja Aku tenang & gembira bekerja bersama yang suka membuli yg rakan2 baik hati & penyayang

Betul kata sahabat saya ini, kadang2 lebih mudah untuk mengetahui apa yang kita tidak suka daripada perkara apa yg kita mahu. Senaraikan seberapa banyak yang kita boleh fikirkan. Dan akhirnya kita ringkaskan sebagai Penyata Kehendak (Desire Statement). Contohnya:-

"Aku merasa amat tenang lagi teruja mengetahui bahawa teman2 sekerjaku tidak kira umur atau status sentiasa menunjukkan sikap yang baik dan tidak akan mengambil kesempatan terhadap sesiapa walau dalam apa keadaan kerja sekalipun kerana semua orang menyedari bahawa masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain kerana itulah kunci kepada kehebatan sesuatu organisasi. Aku suka melihat diriku membantu orang lain dengan semampu yang boleh dan mampu untuk mengatakan tidak dengan cara berhemah tanpa menyakiti atau mengecewakan mana2 teman sekerjaku"


Bacalah Desire Statement tu hari2 INsya Allah tiada apa yg mustahil.


Bak kata sahabat saya ini, "Law of Attractions hanya asbab, yang MAHA memberi hanya ALLAH". Anggaplah ini sebagai usaha, kan ALLAH suka hamba2NYA yang sentiasa berusaha dan semoga ALLAH kurniakan jalan keluar drpd masalah yang juga ujian dan dugaan yang diberi oleh ALLAH, untuk mempertingkatkan keimanan kita.


Selamat mencuba, dan semoga kita menjadi org yang optimis dan bukan pesimis....org yang sentiasa berfikiran positive. And lastly to my sahabat....I really appreciate it and May ALLAH bless you always...cheerios....

Tazkirah kali ini:
Nabi s.a.w. bersabda: "keutamaan seorang yang berilmu atas ahli ibadah adalah bagaikan keutamaan ku atas org yg paling rendah diatas kalian (sahabat), sesungguhnya ALLAH dan para malaikatNYA serta penghuni langit dan
bumi sampai semut dlm liangnya sekalipun, juga ikan dilaut bersalawat atas org
yg mengajari manusia kebaikan" (HR Tirmidzi, Hadis Hasan)

Wednesday, July 15, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim....

Setiap masalah di dunia pasti ada penyelesaiannya...siapa setuju dengan saya?

Dengan pergantungan dan mengharapkan pertolongan dari ALLAH, tidak lupa juga bantuan dari sahabat-sahabat yang setia menghulurkan bantuan dan nasihat.....akhirnya setiap masalah yg kita hadapi, insyaALLAH akan selesai jua.

Marilah kita hidup saling bantu-membantu. Mungkin hari ini, kawan kita yang susah, siapa tahu esok lusa, giliran kita yang susah pula. Berfikiran positiflah dan selalu bersangka baik dengan ALLAH. InsyaALLAH.......pasti ada jalan keluarnya.

p/s: ku nampak pelangi setelah hujan lebat itu pergi ^_^

Tazkirah kali ini:

Ibnu Abbas r.a. mengatakan : "Pd suatu hari aku pernah dibelakang Nabi s.a.w."
Baginda bersabda: 'wahai anak muda, jagalah ALLAH, nescaya DIA akn
menjagamu. Jagalah ALLAH, nescaya kamu akan mendapatiNYA selalu hadir
dihadapanmu. Jika kamu memohon sesuatu, mohonlah kepada ALLAH. Dan jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada ALLAH" (HR Tirmidzi, hadis sahih)

Monday, July 13, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim......

Where is the P.E.A.C.E gone......


I don't know why lately I felt unsecure.......I felt the peace in me had gone......I felt everywhere I go, everything I did was wrong and I'm not satisfy with it.


Something is wrong somewhere......


True, I try to muhasabah my relationship with ALLAH. I know I did something wrong, that's why HE take away the peace in me.
PEACE aka ketenangan is a gift from ALLAH to HIS slaves. The peace is very hard to find nowadays. Even the richest man can not buy PEACE because it is something that we cannot buy, it is something that we have to workhard for it and earn it. When we have the peacefulness inside, nothing matters in life and we will see life on the brighten side always.


I don't feel happy in the office, like everything I did, either its wrong or its just not turned out the way it supposed to be......I feel myself dull inside.....I can't explain....I'm sure one of you had gone this feeling like what I had rite now....sometimes I felt everybody look down on me and bully me. Alhamdulillah.....nothing bad happen to me till now and praying hard ALLAH will always be with me and protect me.....


Ya ALLAH, aku mendambakan ketenangan dariMU. Hanya ENGKAU sahaja yang dapat memberikan ketenangan yang di cari. Berikan aku hidayah, agar diriku berada di jalan yang benar. Ku pohon kepadaMU, ya rabbii.......






Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, June 29, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim....

This video really touch me.....semoga daku menjadi salah seorang isteri seorang mujahid....ameeennn



Berikanku kekuatan YA ALLAH....
Berikanku ketabahan YA ALLAH.....
Jangan ku hanyut dengan dunia yang penuh kealpaan...
Berikanku Hikmah di dalam membuat keputusan....
Tidak terburu-buru supaya jauh dari penyesalan...
Kerana ENGKAU lebih mengetahui....
KepadaMU ku sandarkan impian dan harapan...
Semoga doaku diperkenankan......ameeen...ya rabbal alamiin

Tuesday, June 23, 2009

Bismillahirahmaanirahiim.......
Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga


Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i, melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.
Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah. Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah".
Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut "manusia kasar". Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya.


Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah. Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia. Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".
Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni bersabar."
Empat Bidang Kesabaran Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam kisah di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh rasional. Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam pernikahan setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat ditentukan oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri. Makin banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula bangunan pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki, maka makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.
Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran kita harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita miliki dalam menjalani pernikahan?
Ada Empat Macam Bidang


Kesabaran Pertama : Sabar menghadapi kekurangan pasangan.


Pernikahan adalah kesimpulan terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi, bukan untuk saling mengalahkan. " Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. " QS An-Nisaa' : 1
Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh kesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.


Kedua : Sabar menghadapi godaan.


Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.
Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza, sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti isterinya. Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri yang tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan berkah dan bahagia. Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia. Inilah hakikat mitsaqan ghalidza.
Sehingga, menjaga tali pernikahan agar tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami isteri memutuskan untuk bercerai. Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia.
Syurga boleh terbuka kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan. Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang Maha Penyayang. Rasulullah SAW bersabda; " Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh yang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".


Ketiga : Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki
.


Berapa pun rezeki yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan . Allah SWT berfirman ; " Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih " QS Ibrahim : 7


Keempat : Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri.


Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi 'i menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya , dengan catatan anaknya harus saling mencintai . Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan dua ibu . Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghurmati kedua orangtuanya.
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." QS Az-Zumar : 10 Sabar adalah sebuah kenescayaan. Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10, Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. Wallahua'lam.


The article above is for all my readers and also for myself. Thanx Zahrah for forwarded this good article

Monday, May 25, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim.....



Pernah seorang sahabat berkata.......nape blog awak macam sedih je entry2nya....sebenarnya bukanlah kesedihan itu yg ingin dipaparkan, tetapi ianya lebih kepada luahan rasa. Mungkin pada ketika ini, banyak cerita sedih dari gembira yang tersemat di jiwa. Oleh itu, jari-jemari yang menari-nari di papan kekunci ini menghasilkan paparan yang sedih refleksi jiwa yang kurang tenang ketika ini.



Semakin usia dewasa ini, cara untuk meluahkan rasa, melepaskan perasaan adalah dengan menulis. Tidak kira di mana sahaja, di blog, di buku nota, di buku meeting tetapi asalkan menulis. Setelah menulis, terasa beban itu pergi dan diriku ini kembali bersemangat......kembali memikirkan rasional dan hikmahnya sebuah ujian atau kejadian itu. Betapa dengan ujian itulah, diriku ini lebih mendekati ALLAH, Pencipta Diri ini dan Penentu Segala Kejadian, baik yang Gembira atau sebaliknya.

Cumanya nasihatku kepada semua, hasil dari kejadian yang menimpa diri, berhati-hatilah ketika berkata-kata. Tolong jangan taburkan janji dusta, kerna mungkin bagi diri kita ianya hanya pemanis mulut, penyedap sebuah perbualan, tetapi bagi yang menerima......ianya sebuah pengharapan. Lantaran hanya akan menimbulkan kekecewaan sahaja buat diri yang menerima andaikata ianya tak ditunaikan.

Bukankah ianya lebih kepada sebuah sifat munafiq. Banyak disebutkan di dalam Al-Quran dan semoga ALLAH menjauhkan umat Islam dari sifat sebegini. Terutamanya buat diri ini. Maafkan hambaMU ini tuhan, Andaikata aku pernah membuat perkara yang serupa kepada makhluk2MU.

Tuesday, May 19, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim.....



Have you been stucked in the middle of two situation???

You want to be nice to both persons, but you have to sacrifice one of them because you know your capability. But, do they understand? do people understand that sometime we need to exclude them but we never want to throw them away from our lives........

It makes me sick and dizzy to choose, because deep inside my heart I want to make everybody happy........and also I hate to upset people.....but to please everyone, I can't......

Begging everyone in this situation to understand......that sometimes we need to sacrifice you for the sake of others and we didn't meant to hurt you.......and I hope that you can excuse us and still
preserve the relationship or the friendship we have.

Monday, May 18, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim....

currently, I miss my friend who lives so far from Malaysia......
I miss Rawan SOOOO much....I want to see her.......but couldn't.....

By the way.....I have been upgrading my blog
Now everybody can drop their comments for my entry....
Thanks to Zahrah......Love you......

Sunday, April 19, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim.....

10 ciri peribadi muslim



Dah lama nak ambil 10 peribadi muslim sebagai MUTABAAH AMAL, amalan sehari2 ku. Memang lengkap 10 peribadi muslim yang disenaraikan oleh Assyaheed Imam Hassan AlBanna ini sebagai amalan sehari-hari. Mari kita lihat 10 peribadi muslim ini.




1. Aqidah yg Sejahtera


2. Ibadah yg sohih


3. Akhlak yg mantap


4. Berpengetahuan Luas


5.Memiliki tubuh badan yg sihat


6. Bermujahadah melawan hawa nafsu


7.Berdikari


8.Tersusun didalam urusan


9.Menepati masa


10.Bermanfaat utk orang lain



Bagi saya bukan mudah untuk buat semua yang di atas....tapi itulah yang patut kita buat. Saya akan cuba ikut wasiat Assyaheed Imam ini. Usaha untuk menggapai peribadi muslim yang terbaik berlandaskan syariat ALLAH. Wallahualam.

Monday, April 13, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim....

Words of wisdom....

I want to share these nice 'tazkirah' with all the readers. My friends send these to my handphone and it was a very nice words of wisdom, it gave me pecefulness whenever I'm stress.

Bahagian dr kehampaan jiwa ialah apabila kosongnya hati dr mahabbah (CINTA) kpd ALLAH s.w.t., Ibnu Qayyim berkata: "Perkara yg paling berbahaya bg seseorg hamba adalah kehampaan hati n jiwa. Krn sesungguhnya jiwa tidak pernah kosong. Jika tidak disibukkan dgn hal2 yg bermanfaat, pasti akan terisi dgn hal2 yg membahayakan" (kitab Thariqul Hijratain, karya Ibnu Qayyim)


Nabi s.a.w berdoa: "tidak akan menolak QADHA' melainkan doa dan tidak akan menambah umur melainkan kebaikan. Dan sesungguhnya seorang lelaki menghalangi rezeki kerana DOSA yang menimpanya" (HR Tirmidzi, hadis Hassan)


Bermusafirlah paling kurang bertiga, nescaya dapat mengelakkan gangguan syaitan dan juga pilihlah teman yang beriman menyertai perjalanan....Nabi s.a.w bersabda:"Orang berpergian seorang diri adalah syaitan. Dua org yang berpergian adalah 2 syaitan. Tiga org yang berpergian barulah dikatakan dikatakan org2 yg berpergian" (HR Abu Dawud, sahih Albani) Nabi s.a.w bersabda:"Jgnlah engkau berteman melainkan dgn org yg berIMAN. Hendaklah yang menikmati makananmu hanyalah org yg bertaqwa" (HR Abu Dawud, sahih Albani)


Nabi s.a.w bersabda: "Akan didatangkan pada hari kiamat seorang laki2 ia dilemparkan ke neraka maka keluarlah usus2 perutnya, lalu berputar-putar didlmnya himar yg berputar-putar disekitar penggilingan. Maka berkerumunana ahli neraka kpdnya, mereka berkata: 'Hai fulan, mengapakah kamu? bukankah kamu dahulu menganjurkan kebaikan dan melarang dr yg mungkar' ' Benar sy dulu memerintahkan yg baik tp tidak mengamalkannya dan sy melarang dr yg mungkar, tp saya melakukannya" (HR Bukhari n Muslim)


قال النبي (ص):من بركة المراة سرعة تزوجيها و سرعة رحمها ويسر مهرها
Sabda Nabi s.a.w : "Di antara keberkatan seorang wanita itu ialah cepatnyer berkahwin, cepat mendapat anak dan murah maharnya"(HR Ahmad dan AlBaihaqi)


Nabi s.a.w bersabda:"sedekah itu tidak mengurangi harta, dan ALLAH tidak akan menambah pd seorang hamba krn ia memaafkan melainkan kemuliaan, dan tidak ada org yang merendah diri krn ALLAH kecuali dia diangkat (darjatnya) oleh ALLAH s.w.t." (HR Muslim)

Monday, April 6, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim......

Mehnah dan tribulasi....mematangkan diri

Hidup tanpa ujian dan dugaan dari ALLAH, umpama seperti air yang statik
Air yang jernih itu boleh bertukar menjadi keladak dek statiknya ia
Begitulah hidup ini, jika tiada ujian, tiada mehnah and tiada tribulasi
kita akan tepu dan seterusnya kita tidak akan ligat berfikir

Mehnah dan tribulasi umpama seperti makanan dalam hidup ini
Siapakah di dunia ini yang tidak pernah dilanda masalah?
Walaupun ianya bukan kita sendiri yang cari ....

contohnya, kita bawa kereta dengan berhati-hati, lampu signal tidak pernah kita lupa
sentiasa memandang kiri, kanan dan belakang bagi memastikan kita tidak dilanggar dan melanggar orang lain....
Tiba-tiba 'dooom', bonet belakang diasak oleh kereta yang datang entah dari mana....
dan kita terfikir.....salah akukah?

Janganlah kita asyik mencari salah....samada salah kita atau salah orang lain....
tetapi marilah kita melihat HIKMAH disebalik kejadian itu
Hikmah yang terselindung dan yang paling terang ialah ALLAH mengingatkan kita
Bahawa kita tiada kuasa....kuasa untuk mengawal keadaan walaupun kita sentiasa berhati-hati, berjaga-jaga

Disinilah terbitnya konsep TAWAKKAL, Tawakkal kepada siapa....tentulah kepada ALLAH
Serahkan segala-galanya kepadaNYA
Bukankah kita dah berusaha, maka jika sesuatu masalah menimpa....TAWAKKAL dan SABAR adalah teman yang tidak boleh dipisahkan
Syaitan musuh kita pasti bergembira jika kita putus asa, tidak mengharap padaNYA
Tetapi kita kena melawan nafsu dgn SABAR.

Seorang sahabah yang dikasihi pernah berkata CARILAH RAHSIA SABAR
Rahsia yang hanya ALLAH sahaja yang tahu sehingga diungkapkan didalam alquran
ان الله مع الصابرين

Nabi s.a.w. bersabda:
"sungguh menghairankan perkara org Mukmin itu, sesungguhnya seluruh perkaranya adalah baik baginya. Dan hal itu tidak dimiliki sesiapapun kecuali org muknim. Jika dia diberi sesuatu yang menggembirakan dia bersyukur, maka ia menjadi baik baginya. Dan apabila dia ditimpa mudharat, dia bersikap sabar, maka menjadi baik baginya juga"
(HR Muslim)

Ya ALLAH jadikanlah aku dikalangan hambaMU yang sentiasa SABAR dan Redha ke atas setiap apa yang menimpaku, samada ianya baik atau sebaliknya..............

Monday, November 24, 2008

PROGRAM BERSAMA SYEIKH YUSUF ESTES DI LEMBAH KLANG – 23 NOVEMBER 2008
"CHALLENGES FOR MODERN MUSLIMS IN DA'WAH"

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami akan menganjurkan program bersama seorang pendakwah terkenal daripada United States iaitu Syeikh Yusuf Estes. Kehadiran beliau ke Malaysia merupakan inisiatif daripada Islamic Propagation Society International yang beroperasi di Pulau Pinang dan Pertubuhan Kebajikan An-Nidaa' Malaysia yang dinaungi oleh DYMM Pemangku Raja Perlis. Moreclass Hidayah Berhad (MHB) dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia adalah merupakan penganjur utama di Shah Alam.
Ini merupakan program yang sangat baik untuk dikongsikan dengan masyarakat samada golongan muslim atau bukan muslim. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat menyertai kami dan memeriahkan lagi majlis pada hari berkenaan.

Tempat : Banquet Hall Wisma MBSA, Shah Alam (Sek. 14)
Tarikh : 23 November 2008 (Ahad)
Waktu : 830 am - 1130 am
Tajuk : "CHALLENGES FOR MODERN MUSLIMS IN DAKWAH"
Ticket : RM30.00

Kami mengadakan jualan tiket dan memohon sumbangan daripada pihak korporat untuk membiayai program ini. Kadar tiket ialah RM30.00 untuk dewasa. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan penyertaan tuan / puan.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi Tn Hj Mustapha di talian 019-350 2063


Bismillahirrahmaanirrahim


Alhamdulillah, last Sunday, I was given an opportunity to sit and hear the Syeikh talk and the happiest thing is my mom is also attended with me. To see the Syeikh with my own eyes made me want to cry. How gracious ALLAH to HIS slave, from the priest that gave preachers in the church now a Syeikh give Dakwah to people.

Dakwah is something related to HIKMAH. I can see the Syeikh has HIKMAH whenever he talked. How he want to tegur the people don't do that by giving example that later make others to think back why he shouldn't do that. He also have jokes that will attract the audience to stay awake and not fallen to sleep......(^_^)

One thing that really touch me is that he said, how sad he is not to come to malaysia sooner, once he was landed in KLIA. Honestly, I felt sad too. To see Malaysian people, who claim themselves as a Muslim because the IC said so, but the reality, we never act as a true Muslim. When we meet ALLAH in the hereafter, does the IC really matters to put you in Jannah and claim that I'm Muslim, put me in the JANNAH please.....

We should felt shamed. We are Muslim by birth.....ALHAMDULILLAH....but people who revert back to ISLAM.......is more knowledgeable and also more practical than us. We should be an example. That the real challenges in this so called modern time. To gain knowledge, we can access everywhere in the internet or library or any bookstores, but to practice it......is the real challenges.

It is never late to change, we still have time InsyaALLAH, at the end, the Syeikh recite Dua' for the malaysian people and we all ameeen it together. May ALLAH BLESS Syeikh Yusof Estes and May ALLAH grant peace and Hidayah to all Malaysian people.

By the way, kak Kaot is the MC for the talked and she did a very good job....Thums up for Kak Kaot(^_^). And both of us went to Syeikh talk in Masjid Wilayah at the nite.


Click the link to see the Syeikh schedule http://al-qayyim. net/news/ index.php? option=com_ content&task=view&id=182&Itemid=9


Can't wait to see him in TM this Friday at 8 pm. All are welcome, on behalf of TM staff (^__^)


BEFORE

ALHAMDULILLAH....AFTER

Sunday, October 19, 2008


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin



Assalamualaikum semua,


Lama betul tak update, bukan takde masa....tapi takde benda best and faedah yang ingin dikongsikan sehingga hari ini.


Esok, pukul 2.30 ptg d UiTM Shah Alam akan ada satu temuduga untuk pelajar professional ACCA and guest what, Im one of the candidates. Yup, I want to continue my study for ACCA. Alhamdulillah kepada ALLAH yang maha Pemurah lagi maha penyayang kepada hambaNYA ini, kerana ALLAHlah jua yang memperkenankan doa hambaNYA yang hina nie.


Kenapakah saya berkata begitu. Actually, the application for the professional costs has been closed at the end of September. And I was been informed from my TM colleagues (Niza, MMU student who actually applying for the costs) told me during lunch time chit chatting last week on Wednesday. Then, I was so cuak, start to look in the internet to confirm on what she said and it is true, the application is closed for the coming semester.


Then, I start to call my friends who are studying in UiTM. Starting from kak Aisyah, then Ayu and lastly my saver who helped me a lot.....my junior from HIRA'....Najwa Mohamed. Alhamdulillah, she asked the coordinator directly and the coordinator said I need to give all my documents tomorrow (Thursday). She called me on Thursday to come over tomorrow (Friday), to settle the application. Then, I said to her, could you please pay to the bank today(we need to pay to BSN for the application form) so that tomorrow I just go to the office and fill in the form. But, to my surprise, she sent a message at about 5 pm on the same evening, that I only need to wait for the call. Syukran jazilan to my sista. Finally, on Friday at about 4.15 pm a call from UiTM appear on my handphone and asked me to come to the faculty on Tuesday (which is tomorrw) after lunch. Terus sujud syukur. Hanya ALLAH yang tahu betapa syukurnya diri ku ini. ALHAMDULILLAH.....THUMMALHAMDULILLAH.


On saturday plak, my life is like rushing here and there. Maner taknya. Pagi gi Tanjung Karang, lawat Ezati, kawanku yang baru kehilangan adindanya tercinta. Semoga Ezati tabah. Menurut Ezati adik dier nie memang baik orangnya, betulla kan, orang yang baik selalu pergi dulu. Keluarga Ezati juga Redha di atas pemergian arwah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Then, straight to UiTM, pick up adik2 usrah bawa diorg gi walimah K.Yana di seksyen 28. Walaupun tak makan (sebab sampai2 jer dah pukul 3.30), sempat juga tegur k.Yana, supaya kak Yana tau, dtg juga ke walimah dia. Then, singgah kat HIRA' sek 27, tuk majlis Jamuan Hari Raya KDP, bg sedikit sumbangan and jamah sedikit mknn. Then, 4 pm balik umah amek barang2, untuk travel jauh ke Timur, Kuantan Pahang.


Di Kuantan ada walimah kakak Yati, Kak Fadhilah pada keesokan harinya. Yati ada special request from me tuk buatkan fruit tart for hidangan pengantin. Kami pergi pukul 5 lebih. Kami tue terdiri dari ziela, Idasyah, Kak Yati(housemate Ziela&Tie) and me. Nak dijadikan ceriter nie bertambah adventure, saya dilanda demam pagi sabtu tue. Tapi, sebab dah plan nak gi sana and sini, saya tabahkan semangat dan diikuti doa yang tak putus2 kepada ALLAH. ALHAMDULILLAH....THUMMALHAMDULILLAH....sampai di Kuantan on time untuk tengok nikah, fruit tart pun siap walaupun bakar pastry kat umah makcik Tie menggunakan oven yang diangkut from umah Yati and selamat balik ke Shah Alam pukul 9 mlm semalam. Alhamdulillah gilir2 drive dengan Idasyah.


Pengalaman minggu nie memang manis. Nak gelak pun ada. Sukar untuk dipercayai. Tapi pengajaran yang paling berharga ialah kita jangan berputus asa dengan ALLAH. Keep on praying and praying. ALLAH akan menunjukkan jalan keluar buat semua masalah yang kita hadapi. Sesuai dengan surah AL-FALAQ.


"Katakanlah Muhammad:Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai SUBUH"

Mengapa TUHAN yang menguasai SUBUH. Kita boleh melihat di sini, sebelum SUBUH adalah waktu malam. Malam itu gelap dan kelam sinonim dengan ketika kita dilanda masalah. Kita rasa kelam dan kusut dan hanya ALLAH sahaja yang mampu menerbitkan cahaya sinonim dengan menunjukkan jalan keluar dari segala permasalahan yang kita hadapi. ALLAH yang menerbitkan siang dengan kehendaknya begitu jua ALLAH memberi kita jalan penyelesaian dengan kehendakNYA-Kelas Tafsir Ustazah Maznah di menara TM.


Sekian sahaja coretan dariku. Doakan kejayaanku pada esok hari dan hari2 seterusnya.


Sunday, September 28, 2008

Berakhirnya Ramadhan bulan penuh keberkatan....

Rasa seperti semalam baru kita memulakan ibadah puasa. Puasa kali ini agak mencabar, dek kerana inilah kali pertama saya berpuasa sambil 8 jam masa dihabiskan di office. penat, memang penat....selalunya selepas berbuka mesti rasa nak tidur dan kadang2 memang tidur dulu then baru terawih.

Masa yang banyak dihabiskan di pejabat menyebabkan sukar untukku membaca alquran. Tapi, ku cuba juga kerana bulan ini sangat istimewa....tak mahu dilepaskan begitu sahaja. Tahun ini juga merupakan kali pertama ku membayar zakat fitrah....alhamdulillah.

Setiap kali tiba penghujung Ramadhan, ku selalu rasa sedih dan takut. Sedih kerana Ramadhan, bulan yang mulia ini, bulan di mana doa kita direct kepada ALLAH dan bulan keberkatan ini akan berlalu pergi. Takut pula, kerana selepas ini syaitan2 dan jin2 akan dilepaskan dan kita tak tahu bagaimana IMAN kita menghadapinya. Hanya doa dipanjatkan semoga IMAN ini berjaya menghadapi semua hasutan syaitan2 yang menyesatkan manusia. Doa juga dipanjatkan semoga diri ini dapat bertemu Ramadhan yang akan datang.

Monday, September 15, 2008


A friend of mine send this beautiful words. Its about our FAITH a.k.a TAQDIR. What she wrote is sooo true....jangan digusar taqdir kita kerana ALLAH pasti lebih mengetahuinya.


Kenapa harus gusar dan risau akan apa yang akan kau tempuhi hari esok..
Akan apa yg bakal kau lalui dimasa depanmu kelak..atau apa yg terhidang untukmu pd masa kini dan hayat yang akan datang……

Seharusnya engkau tidak harus berasa gusar atau takut walaupun sedikt ttg masa hadapanmu, kerana taqdirmu direncana oleh Yang Maha Hebat.

Yang merencana taqdirmu itu adalah Dia yg Maha Berkuasa dari segala yg berkuasa didunia ini,
DIa yg Maha Mengetahui segala-galanya yg terjadi di alam semesta ini hingga tiada sebesar zarahpun perkara yg berlaku yg tidak diketahuiNya.
Dia Yang Maha Bijaksana mendirikn alam ini dgn segala isinya..
Dia Yang Maha Penyantun, Maha Penyayang dan Maha Lembut……yg mengasihi hamba-hambaNya lebih dari seorg ibu menyayangi anakNya..
Dia Yang Maha Mengabulkn permohonan hamba-hambaNya……
Dialah segala-galaNya…………..

Dan Dia jugalah lah yg mengatur susun galur jalan taqdirmu..
Apa kamu tidak yakin pdNya???? Tidak percaya pd KebijaksanaanNya dlm mengatur dn mengurus segalaNya..? ?Apa kamu tidak yakin dgn kebenaran kata-kata dan janji-janji Nya?? Tidak cukupkah kau memerhatikn setiap ciptaan dn kebesaran serta keagunganNya disekeliling hidupmu??

Jadi…….utk apa engkau risau ttg taqdirMu?? Untuk apa engkau takut ttg apa yg bakal kau hadapi kelak?? Utk apa engkau takut pd jalan hidup yg bakal tersedia utkmu dimasa depan kelak??

Kerana Dia yg maha Hebat yg mengatur jalanmu itu…….laluilah jalan yg terbentang ini dgn penuh yakin dn redha….laluilah jalan yg Dia sediakn itu dgn penuh TAQWA…..kerana disitu akan kau temui keindahan-Nya. Pastilah Dia Yang Maha Hebat ini mentaqdirkn sesuatu yg hebat utk mu..Mungkin terkadang engkau belum lagi dapat melihat keindahan dn kehebatan jalan yg Dia beri…….tetapi yakinlah!!!! Suatu hari kau pasti jua akan tahu dn kenal…….JALAN TUHAN INI TERSANGAT INDAH BUATKU!!!

Kerana kebodohan dn ilmu yg terbatas pd mu, engkau tidak mampu menyingkap taqdir indah yg tersembunyi dariNya…Cuma jika kau benar2 mempercayaiNya dn melihat jalan Nya itu dgn mata hati IMAN..nescaya kau akan temui Cahaya Nya..kau akan temui petunjukNya.

Oleh itu, aku ingin bertanya padamu…….MASIHKAH ENGKAU RISAU DAN KHUATIR AKAN TAQDIR DAN APA YG BAKAL KAU TEMPUHI DIMASA DEPAN KELAK????atau apakah kau masih akan bersedih dgn jalan yg Dia tetapkn utkmu kini??? Tanyalah IMAN mu. Kelak kau akan tahu nnti….”AKU TIADA SEBAB UNTUK MENANGISI NASIB ATAU HIDUPKU…TIADA SEBAB UTK BERASA SEDIH ATAU BERDUKACITA. .TIADA SEBAB UTK MERASA KECEWA DGN SEGALANYA..KRN DUNIA INI HANYALAH KOSONG BELAKA…SEKADAR TEMPAT PERSINGGAHAN! !! JADI JANGAN LAMA-LAMA BUANG MASA UTK MENANGISI HAL DUNIAWIMU…KERANA HIDUPMU YG KEKAL ABADI DI NEGERI AKHIRAT….NEGERI KEKAL ABADI.