Tuesday, January 19, 2010

Pengorbanan Seorang Suami, Penantian Seorang Isteri

Bismillahirrahmaanirrahim.......

Besar pengorbanan seorang suami, seorang suami keluar mencari nafkah buat keluarga, memerah keringat agar keluarganya dapat hidup dgn selesa dan bahagia. Yang paling penting, keluar mereka demi memperjuangkan agama Islam tercinta. Lebih2 lagi suami yang merupakan seorang pejuang palestine. Pergi mereka belum tentu akan pulang. Kerana mereka seorang pejuang.

Seorang isteri pula setia menanti. Menanti pulangnya sisuami, agar dapat ditatap wajah insan yang dikasihi. Walaupun kadang-kala sunyi menjelma di hati.......demi cintanya pada Illahi....di pujuk diri agar terus setia menanti. Apatah lagi seorang isteri pejuang palestine.....jika tidak di dunia, pasti akan ketemu juga di syurga nanti. Penantian tidak akan berakhir, demi sebuah kehidupan yang abadi......di mana tiada lagi pengorbanan dan tiada lagi penantian. Hanya kehidupan yg kekal abadi buat selama-lamanya.

To all my frenz........hayatilah bait2 di bawah ini.....

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam … kalian akan
dimadukan!Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan
Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…Kehadiran dirimu adalah untuk
bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang
perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan
harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!Bantulah suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan
perjuangan islam ke serata dunia!!

Takbir ! Allahuakbar!

Wednesday, January 6, 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Semalam, bersamaan dgn 6 Januari 2010, umurku sudah bertambah seangka lagi.......tambahnya umur maknanya semakin hampir aku dgn kematian. Ya, walaupun pahit untuk menelan kenyataan, tetapi itu adalah hakikat yang mesti diingat selalu.

Walaupun begitu, kesyukuran yang tidak tergambarku panjatkan kepada ALLAH yang maha ESA, diatas nikmatNYA buat diri ini, kerna masih lagi diberi nafas untuk terus hidup menabur bakti kepada suami, mak, ayah, rakan2 sejati dan masyarakat sekelilingku. Dan yang paling menyentuh hatiku adalah atas rahmat ALLAH yang tidak terhingga memberikan hadiah yang teristimewa pada hari lahirku yg ke 25 ini. Hadiah yang tiada nilainya dan akan ku jaga sehingga nafasku berhenti......sebuah perkahwinan yang penuh keberkatan hendaknya bersama suamiku, En Hasfaradi Halimi.

Teringat kembali sewaktu zaman bujang dahulu, sewaktu ku tidak tahupun kewujudan seorang lelaki bernama Hasfaradi.....terbaca riwayat imam Ahmad:
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa
sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” - (Riwayat Imam Ahmad)
Waktu itu, hanya mentaati suami yang tidak dapatku buat, teringin rasanya untuk mempunyai seorang suami. Tetapi kini, alhamdulillah, dengan adanya seorang suami sekarang, lagi mudah untuk masuk syurga dan mendapat pahala(tetapi mestilah berlandaskan syariat ALLAH). Itulah keistimewaan seorang wanita apabila bergelar isteri.

Bukanlah kenyataan di atas untuk menimbulkan rasa irihati buat teman-teman yang masih belum bergelar isteri. Cuma ingin berkongsi rasa sewaktu diriku masih tidak punya sesiapa dahulu. Waktu terbaca Riwayat Imam Ahmad, kumenanam sebuah impian, impian untuk menjadi seorang isteri kepada suami yang beriman. Alhamdulillah, impian itu tercapai juga dan sekarang terpulang pada diriku untuk berusaha menjadi isteri yang taat pada suami selagi tidak melanggar syarak.

Imam Hassan Al-Banna pernah berkata: impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Jadi, tanamlah sebuah impian. Apa saja impian, asal sahaja impian itu measurable(boleh diukur), achievable(boleh dicapai) dan reasonable(berpatutan). InsyaALLAH akan jadi kenyataan dengan usaha dan doa yang tidak putus2. Bukankah azam pada tahun baru @ new year resolution itu juga merupakan sebuah impian. Impian pada tahun 2010. Oleh itu, impianku pada tahun ini untuk menjadi isteri yang solehah, pekerja yang lebih efficient dan berdedikasi dan tidak lupa juga ibu yang mithali......insyaALLAH.

Impian Hari ini adalah kenyataan hari esok

Monday, January 4, 2010
















Bismillahirrahmaanirrahiim.....


Enjoy the pictures....hehehehe

Monday, December 21, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim.....

First of all thank you zah for the reminder.....to update this blog of course....
It is not that i don't want to update, but i don't have stories to update till now.....hehehe

Entry yg dulu, sebulan usia perkahwinan saya dan habibi tercinta. Entry kali ini pula, 2 bulan usia perkahwinan kami. Update blog nampaknya kena buat sebulan sekalila lepas nie....huhuhuhu

Oh ye, sepanjang bulan cuti sekolah nie, hari minggu tak payah masak.....makan nasi minyak percuma. Bila lagi kan? ada sekali tu kena makan sampai tiga kali nasi minyak......rezeki...betul tak??? alhamdulillah.

So, whats the progress for this 2nd months of my marriage life:

1) I think my cooking skills has been brushed up (tapi kena tanya my hubbyla....tol ke abang sayang). Hari tu try masak nasi lemak and sambal tumis.....with the help of my mummy lovely of course.......bolehla...kan abang.......huhuhuhu. nak buka kedai belum boleh lagi. Banyak gak lauk yg dah try masak sendiri, like curry ayam, sup ikan, daging masak merah and etc.

2) Cuma still tak pandai hias umah lagi.....kemas umah semestinya kan....kalau tidak umah to akan jadi back to the old time....'wink2' (need to ask the owner). Cerita pasal umah. Bersyukur sangat pada ALLAH yang maha pemurah dan penyayang kepada hambaNYA ini. Ialah, kawen jer terus ada umah, fully furnish plak tu. Except, fridge rosak and alhamdulillah dapat fridge as a wedding gifts.....hehehe. Thanks to daddy cool's friend who gave us the biggest(and not to mention expensive) wedding gifts ever. Ialah, most of newly wed, sibuk cr umah sewa yg murah bila nak kawen. then, dah dpt umah, nak kena isi ngan furniture. All that will incur quite sum of money. In my case, thanks to mama and abah (my inlaws) yg bagi kami tinggal dirumah mereka with furnitures. Tak yah nak pikir beli washing machine, tv, meja makan, sofa and etc......alhamdulillah. Yg paling best tu, pukul 8.15 baru keluar g keje, sebab umah ngan tempat keje sepelaung jer. Keluar je umah, nampak menara TM yg tercinta nie......alhamdulillah.

3) Dah semakin rapat dgn family my hubby. Lebih familiar ngan mak yang, cik yah and many more. Kalau tak confius........huhuhuhu. cousins, still need to mingle around, sebab masih tak familiar lagi. Yang penting semuanya panggil kakak, walaupun in terms of age, iam younger than them. Sebab mereka panggil my hubby abang. jadi up lah sikit bila bahasakan diri kakak kan.....huhuhu

4) My first exam as a wife. Memang liat tol nak baca buku and i nearly gave up. Cuti bukan baca buku, tapi try masakan dlm internet. I seyh, however, g gak duk exam and i felt happy. Lulus tak lulus belakang kira.....hehehe

5) My first trip with my husband aka honeymoon. I know its quite late, but its better late than never kan? Sangat best and seronok. Thanks to mummy lovely to sponsor and also to suggest the romantic place for our first honeymoon as a hsuband and wife. . Bercuti mesti seronokkan, terutamanya dgn insan tercinta....lagilah seronok. Tapi, sy jealous gak ngan zah and wan yg dah dua kali went for a trip together....huhuhu. My habibi said that kalau nak kenal hati budi seseorang ialah waktu kita bermusafir dgn dia. And to my habibi, syukur pada ALLAH yg Maha Pemurah kerana mempersatukan kita. I'm having so much fun for this Bali trip, nanti kita g lagi ye "denpasar moon, terang bulan di bali" lagu tema percutian kitorg yg sering dinyanyikan oleh my habibi.......

Gambar akan menyusul......tungguuuuuu

Monday, November 16, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim.....


It has been a month, since the akad day with my love. How time flies sooo fast....but i'm gladly how much fast it is.....I'm enjoying every second of my life with my habibi....ya dzaujiey.



What did I discover about my true love. Lots of things.....and we also have lots of things in common too.....and he is exactly like a person that I'm praying for from ALLAH for a husband. Alhamdulillah....to ALLAH the most gracious and graceful to HIS slave....that's the power of Dua'.

What about a life as a wife....the usual question been asked by people. I have to admit....quite tiring.....but please don't misunderstand me.....tiring and enjoying.....and the most important thing that we have to remember as a wife, although we are tired by the house chores and entertaining our husband and kids.....but if we are always REDHA and IKHLAS, we will get rewards from ALLAH. Thats the beauty of married.

Love after marriage was sooooo WONDERFUL till I don't know how to describe the feeling. Both of us walking together hand in hand without feeling any guilt. Both of us going out for a date without feeling that we did something wrong towards ALLAH. And the most important thing that married couple need to remember, everything that we did....which please our partner.....ALLAH will rewards us....InsyaALLAH. Our goal is for JANNAH and anak2 yang soleh & solehah ^_^ ......InsyaALLAH. Pray for both of us and keep on praying because we don't have the power to control our life....only ALLAH has.



p/s: all the pictures are from my wedding album by 1st verse
p/s to my BFFJ: I miss you guys sooo much and please don't say I'm sombong....as now I still have time for you guys only most of the time need to spend with my habibi (-_-)

Monday, November 9, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim....

For those who couldn't make it to my wedding, please click the link below:

K.cyanamoose - wedding reception
Kcyanamoose - Nikah
1st verse
Hubby's side

happy viewing to all ^_^

Wednesday, October 28, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim.....

Alhamdulillah....thummal hamdulillah atas nikmat ALLAH kepada hambanya ini.....

"Project of a lifetime" have succesfully been launched and went very smoothly....alhamdulillah. Now, I'm officially owned by Encik Hasfaradi Halimi.

Ramai bertanya dan tak kurang juga yang tertanya-tanya....I think I should publish the story behind the pelamin.....hehehehe

Its all begin right from here also.....from this blog.....his friend introduce me to him through this blog. Thank you so much to the friend and may ALLAH rewards you with happiness....InsyaALLAH. Tujuan sebenar berblogging nie adalah suka-suka sebenarnya and never come across to my mind that I want to seek for partner from blogging. Alhamdulillah, ALLAH penentu segalanya....bila bercerita to my friends....ramai yg nak buat blog juga.

Bahagian pertama : Message dalam shoutbox

tiba-tiba je ada message dalam shoutbox dari seseorang yang tidak kukenali. Seperti biasa, sesiapa yang meninggalkan message saya akan raikan dan akan bertanya siapakah empunya diri. Ini adalah cara saya menghormati pelawat blog saya yang serba kekurangan ini kerana sudi melawat blog saya. Begitulah detik-detik perkenalan kami. Dari blog ke email....dan seterusnya....hehehe

Bahagian kedua : penglibatan ibubapa

Diriku telah nekad, bahawasanya sesiapa yg ingin berkenalan dgnku mesti melalui mak ngan ayah dahulu. walaupun sedikit bimbang, kalau2 tiada lelaki yg berani untuk berbuat demikian tapi kerana dek keazaman dan tekad yg kuat, ku teruskan juga. InsyaALLAH, kalau kita ikut apa yg ALLAH suruh, ALLAH akan bantu. Dan lelaki yg bertuah itu adalah suamiku. walaupun tak pernah ku dengar suaranya(waktu pertama kali ingin berkenalan), apatah lagi melihat gambarnya.....ku serahkan segala-galanya kepada mak ayah dan yang paling utama kepada ALLAH. Bukankah ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya ini.

Alhamdulillah, ALLAH berikan keberanian buat suamiku. Setelah berbincang, ayah setuju utk bertemu dgnnya, tapi bukan di rumah, di luar dahulu. maka pada hujung minggu tersebut, ayah dan mak serta afiq berjumpa dgnnya....huhuhu....waktu tu masih tak punya perasaan....harapan bukan lagi ku letakkan kepada manusia tetapi kepada ALLAH.

Mak sangat senang dengan perlakuannya,mak tiada masalah kalau ku ingin berkenalan dengan lebih lanjut. Yg paling penting keseriusan serta kejujurannya. Lantas, dengan nasihat dan pandangan dari emak, ku bersetuju untuk berjumpa dengannya di rumah. Hanya ALLAH yang tahu betapa sungguh berat kaki ini melangkah keluar untuk berjumpa dengannya buat kali pertama, rasa cam tak nak jumpalah...nak duk kat dapur je....suh dia balik jelah...huhuhu....tapi atas desakan mak, melangkah keluar juga kaki ini. terima kasih mak, love you soooo much. Berbaloi rupanya.

Emm, entahlah hati ini masih tiada punya perasaan setelah bertemu dengannya. solat istikharah diteruskan. Tapi, apa yang ku suka dengan suamiku adalah keramahannya dengan orang tuaku. Cara dia menghormati orang tua, itu yg paling penting. Dan yang paling penting dia juga telah memberitahu mengenai diriku kepada orang tuanya. Tiada keraguan lagi terhadap dirinya.

Setelah berjumpa ibubapaku, gilirannya pula utk memperkenalkan diriku kepada keluarganya. Afiq, adikku yang bongsu, penemanku yang setia (itu dulu, sekarang dah ada peneman yang lebih setia....dan sejati.....hehehe) menemaniku berjumpa dengan mertua buat kali pertama. Takut dan berdebar mesti ada, banyak kali cakap dengan afiq, "rasa cam nak balik umahlah, tak nak g". hurm....tapi kakiku masih lagi menekan minyak kete :p dan berhenti didepan pintu pagarnya....huhuhu. Alhamdulillah, kemesraan keluarga baru membuatkan diriku tidak berasa kekok. Rasa seperti sudah menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

Bahagian ketiga: Risik-merisik

Setelah bertemu dengan keluarganya, tibalah masa untuk membuat keputusan yang lebih serius. Kata sepakat pun di capai, akhirnya pada 1 Ramadhan 1430 Hijrah, diriku sudah dirisik dan boleh juga dianggap bertunang, kerana tarikh perkahwinan telah ditetapkan iaitu pada 27 Syawal 1430 Hijrah. Bak kata bapa mertuaku, permulaannya pada 1 Ramadhan maka biarlah kahwinnya pada akhir Syawal.....lagipun senang ingat kalau nak buat anniversary nanti....kata suamiku pula.

Maknanya kurang dua bulan untuk persediaan perkahwinanku, Ya ALLAH permudahkan segala-galanya. Stress???? tentulah ada....tetapi terasa kurang sikit bebanan apabila suamiku mengajak supaya meniatkan persediaan ini sebagai satu ibadah. Apatah lagi perkahwinan itu seperti berdirinya sebuah masjid, menyelesaikan separuh daripada agama.

Bahagian keempat : Keberkatan bulan Ramadhan

Alhamdulillah, persediaan yang tidak sampai dua bulan ini dipermudahkan oleh ALLAH. Senang dan lancar semuanya. Walaupun ada sesekali terasa tensinya, akhirnya perkara tersebut selesai juga. Mungkin itulah keberkatan bulan Ramadhan. ALLAH memakbulkan doaku serta suamiku. Ku akui, diri ini terasa penat tetapi ku tahu mak dan ayah lagi penat. Alhamdulillah, segalanya berbaloi dan hasilnya yang bukanlah 100% perfect, sebab kita manusiakan, tetapi agak berjalan lancar pada perkiraanku.

Begitulah serba-sedikit cerita bagaimana akhirnya ku bertemu dan berkahwin dengan insan yang telah ALLAH tetapkan untuk diriku. Awal tahun ini, ku tidak tahu akan kewujudannya, dan sekarang dia menjadi suamiku dalam masa kurang dr 4 bulan. Itulah apa yang ALLAH telah tetapkan untuk manusia yang ALLAH jadikan berpasang-pasangan. SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR