Wednesday, September 16, 2009

Bismillahirahmaanirrahim......

Ramadhan yang mulia akan sampai ke penghujungnya beberapa hari lagi. Bagaimanakah Ramadhan pada kali ini....adakah lebih baik atau sebaliknya, sama2 kita bermuhasabah. Melihat kembali amalan yang kita lakukan adakah bertambah atau semakin berkurangan. Bukankah matlamat di akhir Ramadhan adalah pelepasan dari api neraka......adakah amalan kita dapat menjauhkan kita jauh dari api neraka atau lebih mendekatkan kita ke arahnya.....a'uzubillah....

Ya ALAH, bahang panas matahariMU aku tidak daya bertahan apatah lagi bahang api nerakaMU ya ALLAH.

Berteduh di Kebun Cinta

"Salam itu umpama baja, senyuman itu umpama air dan berjabat tangan itu umpama cahaya di kebun cinta kita. InsyaALLAH, jika kebun cinta kita selalu diairi, dibajai dan diberikan cahaya, maka perasaan selalu gembira"
Tips Baiti Jannati dr majalah Solusi

Alhamdulillah....syukur yang tidak terhinggaku panjatkan kepada ALLAH. Kerana dgn rahmat dan kasih sayangNYA kepada hambaNYA ini, ku telah menemui pemimpin diri yang bakal memimpinku serta zuriatku meniti kehidupan dunia yang fana ini. Ya, fitrah hatiku telah di miliki.

Sabda Rasul junjungan kita yang dirindui dan disayangi selalu:" sesiapa yang berkahwin, telah selesai separuh agamanya"

Demi menyahut seruan Rasulullah s.a.w. di sini saya ingin mengajak teman2 dan sahabat2 yang dirahmati ALLAH ke majlis walimah saya yang bakal diadakan pada 18 Oct 2009 bersamaan 29 Syawal 1430 hijrah.







Jemput datang ye semua, semoga kehadiran saudara dan saudari memeriahkan lagi majlis penyatuan dua jiwa kerana ALLAH s.w.t.

Sunday, September 13, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim....

tertarik dengan kata2 allayarham ust Asri Ibrahim Rabbani

Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.

maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja, syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke mana pun dan sampai bila2 pun syurgaku selalu bersamaku....

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2
soleh....semoga beliau berjaya mendapat syurga yang abadi....syurga di
akhirat.....