Thursday, July 30, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim...

Semalam, hati saya sungguh tersentuh. Sewaktu menunggu ayah menjemput saya di stesen LRT Bangsar selepas kerja, berhenti sebuah bas di hadapan saya. Terlihat seorang ayah meriba anaknya yg mungkin berumur 5 bulan bersama dgn sling bag baby di tepi tingkap bas tersebut.
Saya mencari-cari kiranya ada wanita atau isterinya di sebelah. Ternyata sekali kerusi sebelahnya kosong. Cuma.....kenapa, tiada penumpang yang duduk di sebelahnya walaupun kerusi itu kosong. Mereka yang naik juga, hanya melihat kerusi itu dan terus ke belakang.

Saya melihat kerusi tersebut, rupanya ada beg besar di bawah kerusi menyebabkan sukar untuk penumpang lain untuk duduk. Terlihat riak muka si ayah serba-salah. Tapi apakan daya, dia juga tidak mempunyai ruang untuk meletakkan beg tersebut di kerusi beliau. Akhirnya, seorang kakak sedaya upaya untuk duduk di kerusi itu. Dari pemerhatian saya, kakak tersebut bertanya, "berapa bulan baby?" dan kakak tersebut menyergah-nyergah baby tersebut. Tiadalah si ayah berasa serba-salah lagi.

Hati saya luluh, mengenangkan si ayah yang bersusah-payah mengendong anaknya bersama dgn beg besar. Mungkin mereka baru tiba dari kampung. Tidaklah diketahui perihal si ibu. Betapa kasihnya si ayah kepada anaknya, diusap-usap dan dibelai-belai rambut si anak. Saya berdoa, supaya si anak kelak akan membela nasib si ayah apabila dia dewasa kelak. Semoga dia menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendoakan kedua ibu-bapanya.

Saya juga memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH kerana mengurniakan rezeki kepada kami sekeluarga. Sudah lama rasanya saya tidak menaiki bas awam. Berhimpit-himpit dan bersesak-sesak dgn org ramai. Seingat saya, semenjak saya lahir, ayah sudah mempunyai kereta. Alhamdulillah...wa syukurillah....

Saya suka melihat perangai manusia yang berbagai rupa apabila saya menunggu ayah di stesen LRT bangsar. Adik-adik remaja yang baru balik dari sekolah, pekerja-pekerja Indon yang baru balik dari kerja dan manusia-manusia yang berlari mengejar bas apabila bas tiba. Dan kadang-kadang saya mengalihkan pandangan, tak sanggup melihat bas yang padat seboleh-bolehnya di sumbat sehingga tersepit manusia apabila pintu bas itu tertutup. Membuatkan saya berzikir kesyukuran betapa untungnya saya, berbanding dgn mereka semua....Alhamdulillah..

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.” (Al-An’aam 6: 11)

Wednesday, July 29, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim....

TRIPLE and OPOK

Kami sekeluarga mempunyai dua ekor kucing anak-beranak. Triple, anaknya dan Opok, emaknya. Dua beranak ni tak ngam antara satu sama lain. Tapi si anak suka serang hendap ibunya yang dah tua tu, time dia nak bergurau. Apa yang kami perasan, Triple selalu nak dekat2 dgn emaknya, tapi emaknya buat tak layan je....huhuhu. Cuma, triple sangat menghormati ibunya. Kalau time makan, Triple akan dulukan ibunya dan sabar menanti makanannya siap, walaupun sebenarnya makanan itu untuknya.

Opok ni sakit gigi, disebabkan faktor usia. Kadang2 kesian tengok dia makan, bila terkena gusi, dia akan mendengus-dengus kesakitan. Tidur pula, air liurnya meleleh-leleh. Badan Opok juga kurus. Bulu pula dah banyak yg gugur. Opok, nia ada angin kus-kus.....nak pegang dia kena hati2, silap2 haribulan mau tercalar tangan kita.

Triple pula, dia ni garang sikit dan banyak mulut. Pegang je sikit, mengiau dia bukan main lagi. Dia tak suka kena peluk dan tak suka bermanja-manja, tapi nak dekat-dekat ngan kita. Cuma tak nak kita belai dia. Pelik tol, setakat ni kalau org dtg mesti menyorok, kalau org nak belai dia, dia lari. Pernah gakla main kejar-kejar ngan dia. Dia suka tido dlm bilik aircond. Kalau pintu bilik tertutup, dia akan beri salam kat depan pintu.....hehehe. Nak masuk umah pun dia akan beri salam.

Kami juga mempunyai kucing2 angkat. Seekor batu je meninggal, sebab penyakit kurap. Kasihan dekat dia. Try ikhtiar bawa pergi klinik, tapi dia meronta-ronta dalam sangkar, menyebabkan badannya berdarah-darah. Kami lepaskan dia, tak sanggup melihat dia begitu rupa. Kucing angkat, maksudnya, kami beri makan sahaja, tapi mereka tak ley masuk rumah. Itu syaratnya.

Kadang-kadang, daripada pemerhatian saya, Triple ni perangai dia lebih kurang like me...huhuhu. Betulkah perangai binatang belaan refleksi perangai tuannya?

Betapa indah makhluk ciptaan ALLAH ini. Membelainya, membuatkan kita gembira. Berbuatlah baik sesama makhluk ALLAH, kerna mereka juga sentiasa berzikir. tetapi manusia yang dikurniakan akal dan dianggap mulia ini selalu terlupa untuk berxikir mengingati ALLAH. Persoalannya, muliakah kita berbanding mereka?

Makan time......teka mana satu Triple dan mana satu Opok?

Inilah Triple atau anjer atau lily......org nak belajar...dia pun nak belajar sekali

Tazkirah kali ini:

Sentiasalah berzikir nescaa ALLAH akan ingat padamu dan hati kamu tidak akan pernah mati...ALLAH berfirman: "Krn itu, ingatlah kpdKU, nescaya AKU ingat kpdmu" (Albaqarah 2:152), Ibnu Taimiyah r.h. berkata:"dzikir bg hati, bagaikan air bg ikan. Maka bagaiman kondusi ikan jike meninggalakan air" (Hisnul Muslim:m/s3)

Tuesday, July 21, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim.....

LAW OF ATTRACTIONS
Assalamulaikum kawan2,

Pernah dengar law of attractions. Ini bukan ilmu guna2 untuk memikat tau. Kenapa saya kata begitu, sebab dulu pun saya ingat cenggitu...huhuhu


Saya nak berkongsi dengan semua ilmu law of attractions yang diberi oleh seorang sahabat yang sangat prihatin kepada saya ^_______^ Saya minta izin publishkan ye, ilmu berguna elok disampaikan supaya semua peroleh manfaat dan semoga sahabatku ini di berikan ganjaran oleh ALLAH ^_^

Sebab utama perkongsian kerana saya sangat sedih apabila mengetahui sahabat2 menghadapi kemurungan akibat drpd masalah yang dihadapi. Saya ingin membantu dan saya harap ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah yang dihadapi (especially to Wan and Zahrah) Ya, sebab saya juga pernah menghadapinya, dan akan terus menghadapinya kerana inilah kehidupan.


Law of Attractions ini secara ringkasnya ialah apa yang kita fikirkan, kita akan menariknya dengan izin Allah tidak kira perkara baik atau buruk. Bila kita berfikir atau menyatakan sesuatu, satu getaran (vibration) akan terhasil dan Law of Attraction akan bertindak balas.


Pernah dengar lagu, jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan kegagalan, kegagalanlah kita akan perolehi. Saya akui, kita susah untuk mengubah apa yang dah tertanam di dalam fikiran kita. Tetapi, kalau kita tulis, dan baca tiap2 hari, secara tak langsung ianya akan mengubah pemikiran kita dan terpantul kepada orang sekeliling kita.


Sahabat saya cadangkan, kita buat senarai perkara yang kita tidak suka dan perkara yang kita suka in colums. Contohnya (in my case):


Perkara Yang Aku Tidak Suka Perkara Yang Aku Suka
Aku tidak suka rakan sekerja Aku tenang & gembira bekerja bersama yang suka membuli yg rakan2 baik hati & penyayang

Betul kata sahabat saya ini, kadang2 lebih mudah untuk mengetahui apa yang kita tidak suka daripada perkara apa yg kita mahu. Senaraikan seberapa banyak yang kita boleh fikirkan. Dan akhirnya kita ringkaskan sebagai Penyata Kehendak (Desire Statement). Contohnya:-

"Aku merasa amat tenang lagi teruja mengetahui bahawa teman2 sekerjaku tidak kira umur atau status sentiasa menunjukkan sikap yang baik dan tidak akan mengambil kesempatan terhadap sesiapa walau dalam apa keadaan kerja sekalipun kerana semua orang menyedari bahawa masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain kerana itulah kunci kepada kehebatan sesuatu organisasi. Aku suka melihat diriku membantu orang lain dengan semampu yang boleh dan mampu untuk mengatakan tidak dengan cara berhemah tanpa menyakiti atau mengecewakan mana2 teman sekerjaku"


Bacalah Desire Statement tu hari2 INsya Allah tiada apa yg mustahil.


Bak kata sahabat saya ini, "Law of Attractions hanya asbab, yang MAHA memberi hanya ALLAH". Anggaplah ini sebagai usaha, kan ALLAH suka hamba2NYA yang sentiasa berusaha dan semoga ALLAH kurniakan jalan keluar drpd masalah yang juga ujian dan dugaan yang diberi oleh ALLAH, untuk mempertingkatkan keimanan kita.


Selamat mencuba, dan semoga kita menjadi org yang optimis dan bukan pesimis....org yang sentiasa berfikiran positive. And lastly to my sahabat....I really appreciate it and May ALLAH bless you always...cheerios....

Tazkirah kali ini:
Nabi s.a.w. bersabda: "keutamaan seorang yang berilmu atas ahli ibadah adalah bagaikan keutamaan ku atas org yg paling rendah diatas kalian (sahabat), sesungguhnya ALLAH dan para malaikatNYA serta penghuni langit dan
bumi sampai semut dlm liangnya sekalipun, juga ikan dilaut bersalawat atas org
yg mengajari manusia kebaikan" (HR Tirmidzi, Hadis Hasan)

Thursday, July 16, 2009

Music Video Code by Nasyid Online



May MJ rest in peace...dedicated this song to our Brother who has finally found his lights of direction

Wednesday, July 15, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim....

Setiap masalah di dunia pasti ada penyelesaiannya...siapa setuju dengan saya?

Dengan pergantungan dan mengharapkan pertolongan dari ALLAH, tidak lupa juga bantuan dari sahabat-sahabat yang setia menghulurkan bantuan dan nasihat.....akhirnya setiap masalah yg kita hadapi, insyaALLAH akan selesai jua.

Marilah kita hidup saling bantu-membantu. Mungkin hari ini, kawan kita yang susah, siapa tahu esok lusa, giliran kita yang susah pula. Berfikiran positiflah dan selalu bersangka baik dengan ALLAH. InsyaALLAH.......pasti ada jalan keluarnya.

p/s: ku nampak pelangi setelah hujan lebat itu pergi ^_^

Tazkirah kali ini:

Ibnu Abbas r.a. mengatakan : "Pd suatu hari aku pernah dibelakang Nabi s.a.w."
Baginda bersabda: 'wahai anak muda, jagalah ALLAH, nescaya DIA akn
menjagamu. Jagalah ALLAH, nescaya kamu akan mendapatiNYA selalu hadir
dihadapanmu. Jika kamu memohon sesuatu, mohonlah kepada ALLAH. Dan jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada ALLAH" (HR Tirmidzi, hadis sahih)

Monday, July 13, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim......

Where is the P.E.A.C.E gone......


I don't know why lately I felt unsecure.......I felt the peace in me had gone......I felt everywhere I go, everything I did was wrong and I'm not satisfy with it.


Something is wrong somewhere......


True, I try to muhasabah my relationship with ALLAH. I know I did something wrong, that's why HE take away the peace in me.
PEACE aka ketenangan is a gift from ALLAH to HIS slaves. The peace is very hard to find nowadays. Even the richest man can not buy PEACE because it is something that we cannot buy, it is something that we have to workhard for it and earn it. When we have the peacefulness inside, nothing matters in life and we will see life on the brighten side always.


I don't feel happy in the office, like everything I did, either its wrong or its just not turned out the way it supposed to be......I feel myself dull inside.....I can't explain....I'm sure one of you had gone this feeling like what I had rite now....sometimes I felt everybody look down on me and bully me. Alhamdulillah.....nothing bad happen to me till now and praying hard ALLAH will always be with me and protect me.....


Ya ALLAH, aku mendambakan ketenangan dariMU. Hanya ENGKAU sahaja yang dapat memberikan ketenangan yang di cari. Berikan aku hidayah, agar diriku berada di jalan yang benar. Ku pohon kepadaMU, ya rabbii.......






Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, July 5, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Ingat tak cuppies yg saya buat hari tu.....here goes the recipe....amek from here yummilicious

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 tepung serbaguna (tepung gandum)
1 cawan butter (2 sticks)-room temp.
2 cawan gula (gula castor)
4 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanila
Strawberry filling.

Ayakkan dua tepung tadi. ketepikan.
krimkan butter hingga lembut(dalam 2-3 minutes). masukkan gula n pukul. masukkan telur satu persatu, pukul lagi. masukkan bahan2 kering lain diselang seli ngan susu n vanila. masukkan dalam cups dan bakar 20-25min, 180 celcius.

Strawberry in the middle

Ready to be baked

Icing yang tak menjadi and Love yang tak comelzzz

Jual....belum boleh lagi...huhuhu......

Wednesday, July 1, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim.....

Sudah genap setahun saya menyertai Team TM. Terima kasih kepada TM yg sudi menerima saya sebagai salah seorang penyumbang tenaga dan menaja saya. Banyka jasa TM nie, tidak jemu-jemu menaja saya sejak saya bergelar siswazah lagi. Syukur kepada ALLAH kerana memurahkan rezeki saya.
Sepanjang di TM ni, saya banyak mengenali kawan baru. Banyak juga perkara-perkara baru yang tidak pernah saya lalui sebelum ini. Alhamdulillah, bos juga seorang yang baik dan kawan-kawan sekeliling juga ramah dan mesra. Walaupun ada juga sesekali terlintas untuk pindah department, tapi difikir-fikir, saya memang beruntung dan diberikan rezeki dari ALLAH untuk duduk di department ini.
Cuma, adakalanya, rasa tidak berapa berkembang dan tidak tahu apa-apa. Di Corporate Finance, semuanya benda baru bagi saya. Terma-terma baru, yg tak pernah saya dengar. Saya juga tahu yang saya tidak akan dapat mempraktikkan ACCA saya di department ini. Tetapi saya perlu menghabiskan subjek ACCA ini, takkanlah saya nak berhenti setengah jalankan?
Patutkah saya drop my ACCA and continue in finance? Apa kata survey?

laa haula wala quata illah billah....لا حول ولا قوة ال بالله
Tiada daya dan kekuatan melainkan ENGKAU ya ALLAH...
Dalam perjalanan ke tempat kerja, dengar ceramah di IKIM. Betul, kita sebagai hamba, memang tiada daya dan kekuatan. Selalulah berzikir dengan zikir di atas, InsyaALLAH kalau kita betul-betul mengharapkan sesuatu dari ALLAH, HE won't let us down.
Lagipun di dalam solat kita, kita selalu menyebut 'Hanya ENGKAULAH kami Sembah, dan kepada ENGKAU kami meminta pertolongan'. Berulang-ulang kita menyebutnya, paling kurang 17 kali sehari semalam. Bacalah dengan hati yang penuh pengharapan, HE always be with us.
So, for the meantime, I have to motivate myself to finish ACCA. After that, we will see......Pray for me........


Tazkirah kali ini:


Nabi Ayub ketika ditimpa musibah, baginda bersabar dan berdoa dengan penuh tawaddhu’ kepada Allah swt.Lalu Allah berikan baginda nikmat yg melimpah rahmat kepadanya.


“dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang. Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah. Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar” (Al-Anbiya’ 21:83-85)