Bismillahirrahmaanirrahiim....
entry ini khas buat anakanda, little angel..Rumaysa sayang
sesungguhnya keimanan dan ketabahan diperlukan dalam menghadapi setiap ujian. melihat abi rumaysa yang kurus tak bermaya meruntun hati umi...seakan mahu menangis sepanjang masa. tapi umi tahu...umi perlu kuat dan ceria seperti mana rumaysa yang tidak lekang dengan senyuman. betul, tips dalam menghadapi ujian yg umi dpt dalam astro oasis hari tu. apabila ditimpa ujian, ingatlah kepada nikmat ALLAH yang lebih besar dr ujian tersebut....dan Rumaysalah nikmat yang paling besar buat kami berdua.
Diam tak diam, dah lebih 3 bulan abi sakit...insyaALLAH Rumaysa...kita sentiasa doakan agar abi sembuh dan kita boleh hidup seperti sebuah keluarga yang sihat harmoni. Alhamdulillah, sokongan jad, jaddah, atok and opah banayk membantu kita di dlm saat2 yg sukar ini. Buat sementara waktu ini...kita akan kurangkan aktiviti berjalan. paling tidak pun kita akan ke rumah jad and jaddah atau atok and opah.
Tabahlah kita dalam menghadapi ujian ini....Abi sayang rumaysa walaupun ada ketika abi kurang bermain dengan rumaysa tapi percayalah kasih -sayang abi tidak kurang walaupun sedikit.