Bismillahirrahmaanirrahim....
Wahai Rumaysa,
Rumaysa...kita kena sabar ye. Abi sakit sayang. Abi bukan tak nak dukung sayang, tapi luka2nya menyebabkan dia sentiasa pedih dan sukar untuk dukung Rumaysa.
Kronologi Abi di sahkan menghidap pemphigus vulgaris buat anak tatapan anak umi:
Segalanya bermula pada Feb 2011. Masa tu, umur rumaysa tak sampai pun 5 bulan lagi. Abi menghadapi ulser yg teruk di mulut...merata pergi hospital untuk sahkan apa sakit ulser abi tu. Gi Dentist, gi ENT, gi klinik, gi SMDC, gi PPUM tapi still tak dapat dikenal pasti puncanya. Umi tak pasti kenapa abi pergi ke PPUM, tetapi disitulah abi didiagnose pemphigus vulgaris.
selepas dua minggu, tiba2 ada tumbuh spots kecik2 di badan abi, dan abi kembali ke PPUM untuk membuat pemeriksaan. Doktor GP mengesahkan abi kena campak. immediately, kami decide untuk duduk separately sebab abi kena dikuarantinkan dan kami tak nak sayang umi dijangkiti chicken pox. tinggallah abi seorang diri di vista dan kita berdua duduk di rumah jaddah di shah alam. Berbelah bahagi hati umi ketika meninggalkan abi seorang diri di vista. Tapi kami redha demi menjaga kesihatanmu sayang umi.
Selepas seminggu, blister abi makin membesar dan membesar sehinggakan lawatan kali kedua ke PPUM untuk follow up campak, doktor GP decided utk admit kan abi sebab lain macam jer chicken pox.....berpisah kita ngan abi lagi and the saddest thing is you can't see and hug your abi.
so, berkampunglah abi di PPUM dan sementara itu doktor buat biopsi penyakit abi sebab the spots doesn't look like chicken pox anymore. tapi ramai org tua2 yg tengok kata ini adalah pelentung. Macam2lah diorg mengeksperimenkan your abi sayang. Beberapa kali juga abi tukar ubat. Ubat ni tak jalan, tukar ubat lain. Then, masih tak jalan juga....tukar ubat lain sayang. Tapi abi sayang sangat tabah dan sabar. Tak pernah umi dengar abi merungut atau mengeluh. Abi redha dgn apa yg diberikan oleh ALLAH. Dhuha dan quran tak pernah ditinggalkan, walaupun untuk mengambil wudhu, sangat memedihkan apabila spots2 yg dah pecah tu terkena air. Bayangkan sayang, kita ada luka sebesar 50 sen kalau terkena air, rasa macam nak jerit, abi sayang pula hampir dikeseluruhan kaki dan tangannya sayang.
Untuk mengelakkan jangkitan pada luka2nya, abi sayang kena mandi dua kali sehari dengan air ubat. Bayangkan sayang, simbahan air yang pertama, pasti abi akan menjerit sayang. teringat ummi time sayang melecet di sayang punya tuuut....sayang menangis sambil hug ummi.....mesti pedih dan sakit kan...macam tulah abi.
Setelah doktor yakin abi sayang kena pemphigus walaupun tidak tahu apakah puncanya, barulah abi sayang diberikan steroid. steroid for life. Allah.....kesan steroid banyak sayang....tapi kita berserah dan redha. kalau abi sayang tak amek steroid....lagi besar mudharat nyer. alhamdulillah....surut semua blisters yg keluar dan makin sembuh. Inilah yang ditunggu...the reunited abi and rumaysa....walaupun abi tak boleh dukung sayang lagi.....tapi abi boleh face to face dengan anak umi nie....alhamdulillah.