Friday, November 28, 2008


Bismillahirrahmaanirrahim......

Di pagi Jumaat yang penuh Barakah ini, ku melihat adegan yang menyayat hati. Meruntun sanubari, sehinggakan airmata tidak dapat dibendung lagi. Menangislah ku seorang diri.
Kisahnya bukan mengenai teman, kekasih atau sanak-saudara, tapi mengenai makhluk ALLAH yang tidak mempunyai akal tetapi mengerti erti ketakutan dan kesakitan.

Menyusuri perjalanan ke kotaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan pacuan empat roda mahupun kenderaan bertongkat yang tidak kenal erti teman, erti kasihan, erti perlahan, apatah lagi erti kasih-sayang sesama makhluk TUHAN. Hanya ada AKU sahaja, kerna AKU perlu sampai ke tempat kerja pada waktunya, AKU perlu cepat dan tepat pada waktunya.

Tetapi, tiadakah perasaan belas terhadap makhluk TUHAN itu. Dia tidak mempunyai akal, dia tidak tahu melihat kanan, kiri dan kanan kembali, dia tidak tahu manusia mempunyai undang-undang jalanraya, lantaran jalan yang sibuk diredah tanpa berpikir panjang. Salahkah dia, atau manusia? sehinggakan berdarah lehernya, berguling-guling kesakitan, menyalak-nyalak meminta belas kasihan.

Maafkan kami wahai makhluk TUHAN, kami tidak berpikir panjang, kami selalu lupa kurniaan NIKMAT TUHAN, semoga kau tabah dengan ujian TUHAN, semoga lenyap kesakitan, semoga engkau paham kesibukan dunia yang tiada pengakhiran.

Ya ALLAH, ampunkan kami makhluk yang dikurniakan akal ini.....Ya ALLAH.

No comments: