Monday, March 9, 2009

Satu lafaz.....

Bismillahirrahmaanirrahim.....

Hari Ahad yang lepas merupakan hari bersejarah buat sahabatku, Noor Amalina Zahari.
Hari itu beliau bergelar seorang isteri.

Setiap kali menghadiri nikah sahabat2(adalah 2-3 kali), rasa terharu disamping syukur terhadap perhubungan halal yang di bina. Pada hari ahad yang lepas, terasa lebih terharu, kerana majlis nikahnya sangat simple berlandaskan sunnah. Mungkin kerana majlis walimahnya pada bulan May akan dtg. Hanya adik-beradik ibu dan ayahnya serta neneknya sahaja yg dtg. selebihnya, kawan2 rapat. Amalina atau panggilan manjanya Alin juga banyak berubah bermula dari perkenalannya dengan suaminya.

Tak sangka, antara kami 'segeng UiTM' (aku, miza, dayah, asmah, Lela dll) Alin yang lepas dulu. Semoga Alin berbahagia sehingga ke anak cucu.

Selepas sahaja akad nikah dijalankan, hanya dengan satu lafaz, dalam beberapa saat sahaja, banyak mengubah kehidupan simempelai. Rasa terharu, dengan satu lafaz sahaja:

Daripada Cik kepada Puan
Daripada Single kepada Married
Dulu, dosa di bawah telapak kaki Ibu, sekarang dosa di bawah telapak kaki Suami

Dengan hanya satu lafaz.........banyak tanggungjawab dan bermulalah era kehidupan yang baru.

Tapi, Alin relax jer....tu yg confius sket....harap2 aku pun serelax dier....hehehehe



Amek berkat Pengantin

No comments: