Sunday, May 31, 2015

Bismillahirrahmaanirrahiim......


Abang,

Ramai orang kata saya ni sangat tabah abang. Sebenarnya, saya pun tak tahu adakah ini yang dimaksudkan tabah. Tapi, yang saya pasti, saya tak boleh melayan perasaan. saya mesti layan Dan Jaga anak-anak syurga ni abang. Saya perlu menjadi hamba yang lebih bertaqwa Selepas ujian yang menimpa ini. Saya perlu mencari rezeki untuk anak-anak kita agar mereka mempunyai ilmu untuk terus-menerus menyampaikan doa Dan pahala buat kita nanti abang.

Abang,

Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan. Saya sendiri tak sangka yang saya tenang dalam menghadapi ujian ini. Betullah, Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNYA. Allah juga bersama dengan hambaNYA yang ditimpa ujian. Rezeki anak-anak juga tak putus-putus abang. Betullah abang, pesanan abang kepada saya selalu:sayang, Kita jangan buat loan banyak-banyak, sebab abang sakit. Kalau terjadi apa-apa, tak nak sayang terbeban dengan membayar hutang. Betul abang, seperti abang tahu yang abang Akan pergi dulu Dari saya. Dan saya tak terbeban abang, Malah rezeki anak-anak ni melimpah-ruah, tak putus-putus.

Abang,

Ada ketikanya saya bersedih, melihat kehidupan orang lain yang mempunyai suami, anak-anak Dan mempunyai ayah. Jalan berpimpin tangan, duduk Makan di restoran Dan take turns dalam menjaga anak. Saya tak dapat merasai itu suami lagi abang. Rumaysa Dan luqman tak dapat merasai suami itu. Tapi kami redha Dan kami selalu berdoa Dan percaya yang kita semua Akan berjumpa kelak di syurga abang. Rumaysa pun tahu yang abi in jannah and we will be reunited as a family in jannah. Seperti abang selalu nasihatkan saya yang dunia ini tiada apa-apa, kita Akan dapat pelbagai benda di syurga nanti.

Abang,

semalam saya terpandang majalah solusi ayah. Terkesima saya baca tajuk muka hadapannya abang. tajuknya : Andai dia pergi dulu. saya sebak, saya terharu, Allah selalu menenangkan saya. kan saya pernah cerita kat abang, kalau saya menghadapi masalah contohnya, bila saya buka je radio IKIM, bual-bicara dalam radio itu mengenai cara-cara nak overcome atau menenangkan saya. Allah sayang kitakan abang. sedikit-sebanyak penulisan dalam majalah itu dapat memnerikan panduan kepada saya.

Abang,

Banyak yang saya ingin tulis di sini. nanti saya akan menulis lagi ye abang. agar anak-anak kita, rumaysa dan luqman dapat membaca apabila mereka dewasa kelak.


yang merindui dan yang selalu mendoakanmu, isterimu, ummi rumaysa dan luqman.

Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah

Saturday, May 30, 2015

Assalamualaikum blog....

In Shaa Allah hr ni kami Akan melawat kubur suamiku.....hr khamis aku dah Google perkara sunat yg boleh dilakukan ketika melawat kubur, antaranya memberi Salam, mambaca al Quran Dan menyedekahkan pahala kepada Allahyarham. Semoga suamiku Akan menerima pahala x putus2 dr kami yg masih hidup ini.

Hasfaradihalimi.blogspot.com Ilmu manfaat buat semua

Assalamualaikum......blog

bismillahirrahmaanirrahiim......

Duhai blog, lama sungguh aku x menjengahmu. Aku terlalu sibuk dengan kehidupan sehingga mengabaikan kau. Blog, waktu terakhir aku menulis, kami sekeluarga mempunyai 3 org ahli. Kami masih mempunyai 3 org ahli, walaupun ada kami telah dikurniakan seorang ahli baru iaitu luqman yang belum kami perkenalkan di sini.

Sukar untuk aku menulis di sini, tapi mana lagi tempat untuk aku meluahkan rasa lagi Kerana soulmate/my other half telah pergi untuk selama-lamanya menghadap ilahi pada 2 May 2015. Tarikh keramat yang mengubah segala-galanya. Aku menjadi Balu, Rumaysa Dan luqman diangkat martabat sebagai anak yatim......Allah tak Ku sangka aku menulis disini. Kerana itu, kami masih bertiga.

Alhamdulillah, aku tabah Dan tenang ketika suamiku pergi menghadap ilahi.....Kerana Mati itu pasti. Itu semua qada Dan qadar, rukun iman yang ke-6...blog, nnt aku aka an menulis lg. luqman dah bgn.