kenapa ini terjadi kat aku.......kalaulah aku tak .......kalaulah aku buat macam tuPerkataan di atas sering diucapkan ketika kita di timpa musibah atau ada perkara yang kita tak inginkan berlaku ke atas diri kita. Contohnya, ketika kita tengah frust kerana fail dalam test atau ketika kita accident.Tetapi adakah kita sedar, perkataan-perkataan ini boleh menyebabkan kita tidak percaya kepada Qada' dan Qadar ALLAH s.w.t. Layakkah kita sebagai hamba untuk menyoal kenapakah aku yang ditimpa musibah????Kita selalu membaca ayat Baqarah:286 di dalam ma'thurat yang bermaksud:
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjannya. ' Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sepertimana Engkau bebankan kepada orang2 yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganglah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
Ayat ini menunjukkan bahawasanya musibah atau ujian datang sesuai dengan kemampuan kita. Walaupun kekadang kita merasakan bahawa kita tidak mampu. Nyakinlah sahabat-sahabatku, ALLAH lebih mengetahui. Apabila musibah datang hendaklah kita sentiasa berdoa agar ALLAH tidak membolak-balikkan hati kita ini, agar iman kita bertambah dan tidak berkurang.Jangan kita asyik berkata kalau. Kerana apabila kita berkata kalau, seakan-akan kita menyesali perbuatan kita dan tidak redha dengan musibah yang dtimpakan ke atas kita. Apabila kita tidak Redha, bermaksud kita mempersoalkan Qada' dan Qadar ALLAH s.w.t. Ini berkait-rapat dengan tauhid kita. Perkataan Ilah (laa ilaha illallah) di dalam kalimah syahadah, iaitu kita yakin dan kita bersaksi tiada ALLAH yang patut disembah.
Perkataan Ilah ini membawa beberpa pengertian. Salah satunya ialah Ilah sebagai Pemberi rezeki(dipetik dari Konsep2 Umum Islam).Jika kita dapat sesuatu, ia bermakna ia memang milik kita. Rezeki kita. Telah termaktub di LAUH MAHFUZ ia milik kita. Dan jika sesuatu musibah terjadi, ia juga telah di tentukan di LAUH MAHFUZ. Apabila di beri rezeki, kita mengucapkan ALHAMDULILLAH, dan apabila di timpa musbah, hendaklah kita mengucapkan INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJI'UUN.
Walaubagaimanapun, ini berlainan jika kita menyesali segala perbuatan dosa kita di masa lampau.Sesuatu musibah itu datang sebagai penghapus dosa kita yang telah lalu atau sebagai ujian terhadap keimanan kita. Apa yang paling penting ialah, ujian dari ALLAH menunjukkan ALLAH masih sayang dan ingat kepada kita. Orang-orang alim dan wara' sentiasa berdoa agar mereka ditimpa ujian dari ALLAH, kerana apabila ujian datang, mereka percaya ALLAH ingat pada mereka.
Yakinlah, kalau ia milik kita....ia akan tetap menjadi milik kita. Jangan kita berputus asa dengan ALLAH. Teruskan berdoa....kerana doa itu senjata kita. Dan janganlah bersedih....LA TAHZAN.
No comments:
Post a Comment