Thursday, June 26, 2008

USRAH;Nyummy, Creamy and Tasty

Bismillahirrahmaanirrahim…..Assalamualaykum wrt wbt.

I’ve been tagged by Farah Waheeda a long time a go. But because of my unknowledgeable how to play this tagging games……I reply a bit late. This is also the second post I want to do after I finally change my skin blog (^_^)

Usrah yang lazat & lemak berkrim!

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Saya menyertai usrah semenjak di sekolah menengah. Itupun disebabkan kurikulom sekolah. Sama seperti Farah Waheeda, Zahrah, Wan Madihah dan sesiapa sahaja yang bersekolah di HIRA’. Kemudian, sewaktu ditingkatan empat, saya bertukar sekolah dan usrah sekejap ada dan takde kerana usrah tiada dalam sistem kurikulum. Then, sewaktu di matriks selama setahun, totally no usrah at all sebab matriks tu ceruk sangat….Kolej Mara Kuala Nerang. Then, alhamdulillah ada usrah balik bila masuk UiTM. So, approximately 8 years.


[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Saya di perkenalkan dengan usrah sewaktu di Hira’. Kemudian, apabila keluar dari Hira’, usrah itu seperti sebati dengan hidup ini. Kalau takde usrah, rasa semacam....rasa lost dalam dunia yang fana ni. Dan, usrah itu menyebabkan rasa secure untuk menempuhi kehidupan sehari-hari. Saya mencari usrah sewaktu bertukar sekolah dan di matriks, tapi tak ketemui. Akhirnya, Alhamdulillah, jumpa dengan senior2 selepas habis matriks(di UiTM) dan diserapkan dalam usrah KARISMA sehingga sekarang.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Dalam usrah, saya berkongsi masalah, bertukar-tukar fikiran dalam hal-hal agama dan mengingati antara satu sama lain sesama ahli ‘keluarga’ saya. Tanpa usrah, saya pasti leka dan alpa dengan dunia nie.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

i- tak sabar mengikuti usrah minggu depan.kalau boleh, tiap hari nak berusrah.
ii-seronok untuk mendapatkan ilmu baru
iii-tenang, seronok, sangat best

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

i- ALLAH sentiasa bersama saya dan ALLAH tak nak saya lalai dengan kehidupan dunia
ii-Rasa yang tenang dan secure kerana saya percaya saya mendapat keberkatan dalam usrah ini
iii-Segala permasalahan dapat diselesaikan
iv-Ukhuwwah filla dengan naqibah dan adik-beradik yang lain
v- Tanggungjawab sebagai khalifah untuk menyebarkan dakwah di dunia ini memerlukan kesabaran dan ketabahan


Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Saya takdela samapai lima org nak ditag…..tapi saya nak tag KDP nyer blogger…..tolong nyer….saya tahu ramai blogger kat kdp nyer blog nie….admin memang kena tag (^_^)

No comments: