Berakhirnya Ramadhan bulan penuh keberkatan....
Rasa seperti semalam baru kita memulakan ibadah puasa. Puasa kali ini agak mencabar, dek kerana inilah kali pertama saya berpuasa sambil 8 jam masa dihabiskan di office. penat, memang penat....selalunya selepas berbuka mesti rasa nak tidur dan kadang2 memang tidur dulu then baru terawih.
Masa yang banyak dihabiskan di pejabat menyebabkan sukar untukku membaca alquran. Tapi, ku cuba juga kerana bulan ini sangat istimewa....tak mahu dilepaskan begitu sahaja. Tahun ini juga merupakan kali pertama ku membayar zakat fitrah....alhamdulillah.
Setiap kali tiba penghujung Ramadhan, ku selalu rasa sedih dan takut. Sedih kerana Ramadhan, bulan yang mulia ini, bulan di mana doa kita direct kepada ALLAH dan bulan keberkatan ini akan berlalu pergi. Takut pula, kerana selepas ini syaitan2 dan jin2 akan dilepaskan dan kita tak tahu bagaimana IMAN kita menghadapinya. Hanya doa dipanjatkan semoga IMAN ini berjaya menghadapi semua hasutan syaitan2 yang menyesatkan manusia. Doa juga dipanjatkan semoga diri ini dapat bertemu Ramadhan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment