Wednesday, January 6, 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Semalam, bersamaan dgn 6 Januari 2010, umurku sudah bertambah seangka lagi.......tambahnya umur maknanya semakin hampir aku dgn kematian. Ya, walaupun pahit untuk menelan kenyataan, tetapi itu adalah hakikat yang mesti diingat selalu.

Walaupun begitu, kesyukuran yang tidak tergambarku panjatkan kepada ALLAH yang maha ESA, diatas nikmatNYA buat diri ini, kerna masih lagi diberi nafas untuk terus hidup menabur bakti kepada suami, mak, ayah, rakan2 sejati dan masyarakat sekelilingku. Dan yang paling menyentuh hatiku adalah atas rahmat ALLAH yang tidak terhingga memberikan hadiah yang teristimewa pada hari lahirku yg ke 25 ini. Hadiah yang tiada nilainya dan akan ku jaga sehingga nafasku berhenti......sebuah perkahwinan yang penuh keberkatan hendaknya bersama suamiku, En Hasfaradi Halimi.

Teringat kembali sewaktu zaman bujang dahulu, sewaktu ku tidak tahupun kewujudan seorang lelaki bernama Hasfaradi.....terbaca riwayat imam Ahmad:
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa
sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” - (Riwayat Imam Ahmad)
Waktu itu, hanya mentaati suami yang tidak dapatku buat, teringin rasanya untuk mempunyai seorang suami. Tetapi kini, alhamdulillah, dengan adanya seorang suami sekarang, lagi mudah untuk masuk syurga dan mendapat pahala(tetapi mestilah berlandaskan syariat ALLAH). Itulah keistimewaan seorang wanita apabila bergelar isteri.

Bukanlah kenyataan di atas untuk menimbulkan rasa irihati buat teman-teman yang masih belum bergelar isteri. Cuma ingin berkongsi rasa sewaktu diriku masih tidak punya sesiapa dahulu. Waktu terbaca Riwayat Imam Ahmad, kumenanam sebuah impian, impian untuk menjadi seorang isteri kepada suami yang beriman. Alhamdulillah, impian itu tercapai juga dan sekarang terpulang pada diriku untuk berusaha menjadi isteri yang taat pada suami selagi tidak melanggar syarak.

Imam Hassan Al-Banna pernah berkata: impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Jadi, tanamlah sebuah impian. Apa saja impian, asal sahaja impian itu measurable(boleh diukur), achievable(boleh dicapai) dan reasonable(berpatutan). InsyaALLAH akan jadi kenyataan dengan usaha dan doa yang tidak putus2. Bukankah azam pada tahun baru @ new year resolution itu juga merupakan sebuah impian. Impian pada tahun 2010. Oleh itu, impianku pada tahun ini untuk menjadi isteri yang solehah, pekerja yang lebih efficient dan berdedikasi dan tidak lupa juga ibu yang mithali......insyaALLAH.

Impian Hari ini adalah kenyataan hari esok

8 comments:

Tinta Cahaya said...

Dear Ummu Ayash,

Betul3x. MOha Allah permudahkan

wanderfulmadnificent said...

happy memorable birthday 2010! miss you nad!

nadiahazhari said...

wan....i received two comments from you...but the first one didn't appear.....sorry dear.....miss you more

my dear abu ayyash....moga ALLAH permudahkan dan memberkati keluarga kita...insyALLAH

cyanamoose said...

nad.. happy belated birthday! erm.. moga hari2 dilalui dengan suami tersayang lebih bermakna dan diberkatinya. InshaAllah.

nadiahazhari said...

thank you kak cyana......the pics that you took during my outdoor session

alQasam said...

Askum

my dearest friend

Eid Milad babe. Even I was late.

May ALLAH's love, mercy and guidence will always shower your life and marriage. Alltogether.

nadiahazhari said...

thanks su....ameen

Tinta Cahaya said...

Buat Isteri Solehah ku yang tercinta, segala pengorbananmu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Abang sentiasa meredhaimu..... jazakallahu khairy ya jauzati solehah