Tuesday, January 19, 2010

Pengorbanan Seorang Suami, Penantian Seorang Isteri

Bismillahirrahmaanirrahim.......

Besar pengorbanan seorang suami, seorang suami keluar mencari nafkah buat keluarga, memerah keringat agar keluarganya dapat hidup dgn selesa dan bahagia. Yang paling penting, keluar mereka demi memperjuangkan agama Islam tercinta. Lebih2 lagi suami yang merupakan seorang pejuang palestine. Pergi mereka belum tentu akan pulang. Kerana mereka seorang pejuang.

Seorang isteri pula setia menanti. Menanti pulangnya sisuami, agar dapat ditatap wajah insan yang dikasihi. Walaupun kadang-kala sunyi menjelma di hati.......demi cintanya pada Illahi....di pujuk diri agar terus setia menanti. Apatah lagi seorang isteri pejuang palestine.....jika tidak di dunia, pasti akan ketemu juga di syurga nanti. Penantian tidak akan berakhir, demi sebuah kehidupan yang abadi......di mana tiada lagi pengorbanan dan tiada lagi penantian. Hanya kehidupan yg kekal abadi buat selama-lamanya.

To all my frenz........hayatilah bait2 di bawah ini.....

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam … kalian akan
dimadukan!Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan
Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…Kehadiran dirimu adalah untuk
bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang
perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan
harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!Bantulah suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan
perjuangan islam ke serata dunia!!

Takbir ! Allahuakbar!

3 comments:

wanderfulmadnificent said...

nak ada suami gak :p

nadiahazhari said...

soon wan....hehehe

zmk said...

jiwang-jiwang ye pos orang yg dah tukar status :)