Wednesday, June 17, 2015

Kisah 1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2014

Bismillahirrahmaanirrahim,

Dalam pukul 9 pagi, seusai suamiku (Allahyarham Hasfaradi) mengurut kakiku yang semakin hari semakin lenguh, aku pun bangkit untuk membersihkan diri. nikmatnya bila setiap hari ada orang mengurut kaki kita, dari hari pertama kita mengandung sehinggalah usia kandungan mencecah 38 minggu. dalam hati, sangat bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan seoarang suami yang rajin dan sanggup mengurut kaki kita setiap hari. pagi tadi selepas sahur, tak putus-putus aku berdoa agar aku dapat bertahan sehingga waktu berbuka, memandangkan aku tengah tunggu waktu sahaja untuk bersalin.

Tiba-tiba terlihat darah mengalir keluar. aku memandang suamiku sambil berkata, " Bang, today is the D-dayla bang". Sambil ku menarik nafas dalam-dalam, ku memberitahu diri supaya relax, jangan panic. Kami berdua memberitahu Rumaysa yang dia kena duduk dengan jad and jaddah, adik nak keluar hari ni, abi kena temankan umi ke hospital.

selesai mandi dan bersiap, aku pergi mendapatkan emak dan ayah. belum sempat aku membuka mulut, emakku memberitahu yang rumaysa dah bagitau dulu dah. adik nak kuar hari ni, umi keluar darah. petah sungguh anakku yang sulong.

selepas mencium anakku yang sulong, dan meminta emak dan ayah mendoakan agar dipermudahkan proses bersalin, bergeraklah kami ke SJMC. kami terus masuk ke labour room sama seperti waktu aku bersalin anak kedua. kebetulan, hari itu hari ahad dan hari pertama puasa, hospital sedikit sunyi. dan akulah satu-satunya patient di labour room pada pagi tu. Misi pun terus melakukan pemeriksaan  atas arahan doktor. memang ada darah, tapi bukaan baru 1/2 cm and contraction pun very mild. tapi sebab dah ada darah, doktor suruh tahan and tak bagi balik.

duduklah kami di labour room tersebut. lama-kelamaan contraction semakin kuat. aku menyuruh suamiku balik dulu untuk berbuka dan datang kembali selepas selesai berbuka. Misi pun kata lambat lagi bersalin ni. Ouch....makin lama makin kerap contraction dan makin sakit selepas isya'.

cerita seterusnya akan bersambung pd 2 ramadhan, esok hari.

itulah cerita satu ramadhan, ramadhan terakhir buatmu suamiku. moga ia ramadhan yg terbaik buatmu.

 Luqman 4 bulan main dengan abi

 Luqman baru lepas mandi

Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah 

Rumaysa and abi part 2

Bismillahirrahmaanirrahim......

More pictures of you and abi, for you to see Rumaysa:

Hari Raya Haji 1435H

Tahnik Luqman bersama ust Raihan, Ramadhan 1435H. Ustaz Raihan, baru kematian isteri sebulan sebelum dia melakukan tahnik Luqman.


Thursday, June 4, 2015

Rumaysa and abi

bismillahirrahmaanirrahim,

dear my solehah daughter,

umi dedicate this post with lots of pictures of you and abi. you know that your abi love you sooo much and he only aimed for his children is to become a good, taqwa muslim and always send him DOA....he said: tujuan hidup kita hanya 3- amal jariah, ilmu manfaat dan Doa anak yang soleh. don't forget that my girl, Rumaysa bin Hasfaradi

 lunch time in Majestic Hotel with Jad's clan - August 2014
your 4th birthday celebration in BBIM - November 2014

Selfie with abi in BBIM - November 2014

 you took a picture of your Abi - March 2015

 Singapore and legoland trip with Rusmah Arunan & Assoc- December 2014

  Singapore and legoland trip with Rusmah Arunan & Assoc- December 2014

  Singapore and legoland trip with Rusmah Arunan & Assoc- December 2014

  Singapore and legoland trip with Rusmah Arunan & Assoc- December 2014

jalan-jalan with abi - early 2015



Tuesday, June 2, 2015

Sebulan Berlalu Tanpanya disisi



Bismillahirrahmaanirrahim....

Abang,

Tarikh hari 2/6/2015, bermakna sudah sebulan abang meniggalkan kami semua. Banyak perkara yang berlaku dalam masa sebulan ni abang. Luqman dan rumaysa kena chicken pox, luqman dah pandai jalan dan boleh buat macam-macam. Nanti saya ceritakan, tapi saya nak cerita mengenai demam demam campak kedua-dua anak kita. 

Hari kelima abang pergi, Luqman kena demam campak. patutla 2-3 hari sebelum kena badan dia dedar and dia nak berdukung je. Alhamdulillah mak ambil cuti sepanjang minggu tu, jadi saya tak penat sangat. cuma ada satu malam dia tak nak tido dan saya terpaksa dukung dia sepanjang malam.
selang dua hari, kakak rumaysa pula badan dia panas, saya dah agak yang dia pun akan kena juga. tapi dia keluar kecil-kecil. Luqman keluar besar-besar abang lebih kurang sama macam abang punyer penyakit dan seluruh badan. pada hari jumaat pagi, saya bawa diorang pergi klinik Adek, saya risau sangat, dan saya cerita dekat dr Amdan mengenai abang. Dia kata kenapa tak bawa semalam, sian luqman. lepas tu dia bagi ubat minum untuk bunuh virus untuk mereka. rumaysa, memang tak keluar banyak abang, dengan izin ALLAH ubat tu memang menghalang dari chicken pox keluar dengan banyak. tapi luqman, keesokannya masih lagi keluar, dan makin banyak. malam tulah yang dia tak boleh tidur. Baik Dr tu abang, consultation dia tak charge pun, ubat je dia charge. rezeki anak-anak kan bang.

keeseokan paginya, saya sangat risau sebab semakin banyak keluar dan besar-besar. so, saya decide pergi balik ke klinik adek balik. kali ni doktor on call yang ganti dr Amdan. Dr tu senior saya di Hira'. saya cerita mengenai abang. dia kata ni nampak cam normal chicken pox, tapi since his father has the auto immune disease, dia refer to DEMC. pergilah kami ke DEMC, tapi bilik single penuh, kena tunggu petang baru boleh check-in. balik je rumah, rupanya mak dah call klinik dr nathan.

staff kat situ kenal abang, dia kata sorry for the lost. so, mak citer pasal luqman. dia kata kenapa tak bawa semlm dan suruh datang secepat mungkin sebelum pukul 12. so, kami cepat-cepat ke sana plak. sampai je klinik, dr nathan belum sampai. tapi dia kata dia akan bagi luqman and rumaysa priority. tak payah tunggu. lepas je dr nathan sampai, kami pun masuk bilik consultation. dr nathan confirmed it is a chicken pox and continue with the medicine dari klinik adek. lega saya abang, alhamdulillah. saya say thank you kat dia sebab take a good care of abang for all these years. He said: your husband is a really nice man, never complaints. dr ho also said the same. typical you abang, always stay positive and bersangka baik dengan ujian yang menimpa. Dr Nathan pun bagi FOC abang, no payment. Alhamdulillah rezeki anak-anak dan rezeki abang.

Abang, sebab abang baik dan soleh semasa hayat abang, walaupun abang tiada, sebab akhlak abang, kami sekeluarga dapat layanan yang baik dr orang yang pernah mengenali abang. syukur ya ALLAH, Moga abang ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.

yang merindui dan yang selalu mendoakanmu, isterimu, ummi rumaysa dan luqman.

 Hari ketiga di ward biasa sebelum allahyarham Hasfaradi di masukkan ke ICU
Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah

Sunday, May 31, 2015

Bismillahirrahmaanirrahiim......


Abang,

Ramai orang kata saya ni sangat tabah abang. Sebenarnya, saya pun tak tahu adakah ini yang dimaksudkan tabah. Tapi, yang saya pasti, saya tak boleh melayan perasaan. saya mesti layan Dan Jaga anak-anak syurga ni abang. Saya perlu menjadi hamba yang lebih bertaqwa Selepas ujian yang menimpa ini. Saya perlu mencari rezeki untuk anak-anak kita agar mereka mempunyai ilmu untuk terus-menerus menyampaikan doa Dan pahala buat kita nanti abang.

Abang,

Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan. Saya sendiri tak sangka yang saya tenang dalam menghadapi ujian ini. Betullah, Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNYA. Allah juga bersama dengan hambaNYA yang ditimpa ujian. Rezeki anak-anak juga tak putus-putus abang. Betullah abang, pesanan abang kepada saya selalu:sayang, Kita jangan buat loan banyak-banyak, sebab abang sakit. Kalau terjadi apa-apa, tak nak sayang terbeban dengan membayar hutang. Betul abang, seperti abang tahu yang abang Akan pergi dulu Dari saya. Dan saya tak terbeban abang, Malah rezeki anak-anak ni melimpah-ruah, tak putus-putus.

Abang,

Ada ketikanya saya bersedih, melihat kehidupan orang lain yang mempunyai suami, anak-anak Dan mempunyai ayah. Jalan berpimpin tangan, duduk Makan di restoran Dan take turns dalam menjaga anak. Saya tak dapat merasai itu suami lagi abang. Rumaysa Dan luqman tak dapat merasai suami itu. Tapi kami redha Dan kami selalu berdoa Dan percaya yang kita semua Akan berjumpa kelak di syurga abang. Rumaysa pun tahu yang abi in jannah and we will be reunited as a family in jannah. Seperti abang selalu nasihatkan saya yang dunia ini tiada apa-apa, kita Akan dapat pelbagai benda di syurga nanti.

Abang,

semalam saya terpandang majalah solusi ayah. Terkesima saya baca tajuk muka hadapannya abang. tajuknya : Andai dia pergi dulu. saya sebak, saya terharu, Allah selalu menenangkan saya. kan saya pernah cerita kat abang, kalau saya menghadapi masalah contohnya, bila saya buka je radio IKIM, bual-bicara dalam radio itu mengenai cara-cara nak overcome atau menenangkan saya. Allah sayang kitakan abang. sedikit-sebanyak penulisan dalam majalah itu dapat memnerikan panduan kepada saya.

Abang,

Banyak yang saya ingin tulis di sini. nanti saya akan menulis lagi ye abang. agar anak-anak kita, rumaysa dan luqman dapat membaca apabila mereka dewasa kelak.


yang merindui dan yang selalu mendoakanmu, isterimu, ummi rumaysa dan luqman.

Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah

Saturday, May 30, 2015

Assalamualaikum blog....

In Shaa Allah hr ni kami Akan melawat kubur suamiku.....hr khamis aku dah Google perkara sunat yg boleh dilakukan ketika melawat kubur, antaranya memberi Salam, mambaca al Quran Dan menyedekahkan pahala kepada Allahyarham. Semoga suamiku Akan menerima pahala x putus2 dr kami yg masih hidup ini.

Hasfaradihalimi.blogspot.com Ilmu manfaat buat semua

Assalamualaikum......blog

bismillahirrahmaanirrahiim......

Duhai blog, lama sungguh aku x menjengahmu. Aku terlalu sibuk dengan kehidupan sehingga mengabaikan kau. Blog, waktu terakhir aku menulis, kami sekeluarga mempunyai 3 org ahli. Kami masih mempunyai 3 org ahli, walaupun ada kami telah dikurniakan seorang ahli baru iaitu luqman yang belum kami perkenalkan di sini.

Sukar untuk aku menulis di sini, tapi mana lagi tempat untuk aku meluahkan rasa lagi Kerana soulmate/my other half telah pergi untuk selama-lamanya menghadap ilahi pada 2 May 2015. Tarikh keramat yang mengubah segala-galanya. Aku menjadi Balu, Rumaysa Dan luqman diangkat martabat sebagai anak yatim......Allah tak Ku sangka aku menulis disini. Kerana itu, kami masih bertiga.

Alhamdulillah, aku tabah Dan tenang ketika suamiku pergi menghadap ilahi.....Kerana Mati itu pasti. Itu semua qada Dan qadar, rukun iman yang ke-6...blog, nnt aku aka an menulis lg. luqman dah bgn.