Dalam pukul 9 pagi, seusai suamiku (Allahyarham Hasfaradi) mengurut kakiku yang semakin hari semakin lenguh, aku pun bangkit untuk membersihkan diri. nikmatnya bila setiap hari ada orang mengurut kaki kita, dari hari pertama kita mengandung sehinggalah usia kandungan mencecah 38 minggu. dalam hati, sangat bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan seoarang suami yang rajin dan sanggup mengurut kaki kita setiap hari. pagi tadi selepas sahur, tak putus-putus aku berdoa agar aku dapat bertahan sehingga waktu berbuka, memandangkan aku tengah tunggu waktu sahaja untuk bersalin.
Tiba-tiba terlihat darah mengalir keluar. aku memandang suamiku sambil berkata, " Bang, today is the D-dayla bang". Sambil ku menarik nafas dalam-dalam, ku memberitahu diri supaya relax, jangan panic. Kami berdua memberitahu Rumaysa yang dia kena duduk dengan jad and jaddah, adik nak keluar hari ni, abi kena temankan umi ke hospital.
selesai mandi dan bersiap, aku pergi mendapatkan emak dan ayah. belum sempat aku membuka mulut, emakku memberitahu yang rumaysa dah bagitau dulu dah. adik nak kuar hari ni, umi keluar darah. petah sungguh anakku yang sulong.
selepas mencium anakku yang sulong, dan meminta emak dan ayah mendoakan agar dipermudahkan proses bersalin, bergeraklah kami ke SJMC. kami terus masuk ke labour room sama seperti waktu aku bersalin anak kedua. kebetulan, hari itu hari ahad dan hari pertama puasa, hospital sedikit sunyi. dan akulah satu-satunya patient di labour room pada pagi tu. Misi pun terus melakukan pemeriksaan atas arahan doktor. memang ada darah, tapi bukaan baru 1/2 cm and contraction pun very mild. tapi sebab dah ada darah, doktor suruh tahan and tak bagi balik.
duduklah kami di labour room tersebut. lama-kelamaan contraction semakin kuat. aku menyuruh suamiku balik dulu untuk berbuka dan datang kembali selepas selesai berbuka. Misi pun kata lambat lagi bersalin ni. Ouch....makin lama makin kerap contraction dan makin sakit selepas isya'.
cerita seterusnya akan bersambung pd 2 ramadhan, esok hari.
itulah cerita satu ramadhan, ramadhan terakhir buatmu suamiku. moga ia ramadhan yg terbaik buatmu.
Luqman 4 bulan main dengan abi
Luqman baru lepas mandi
Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah
No comments:
Post a Comment