Labbaika ALLAH humma Labbaik. Alhamdulillah, InsyaALLAH saya dan emak serta afiq, adik yg bongsu akan terbang meninggalkan Malaysia buat sementara waktu untuk melawat syria, madinah, mekkah dan jordan. Inilah detik yang ku tunggu-tunggu, dan sedar tak sedar insyaALLAH esok akan berangkat ke tanah suci....MasyaALLAH.
Rasa syukur yang tak terhingga kepada ALLAH Yang MAHA KUASA dan MAHA PEMURAH. Memang ALLAH akan memakbulkan niat hambanya jika niat itu untuk kebaikan. Sudah lama ku memasang niat untuk megerjakan UMRAH selepas tamat pengajian. Sejak di semester kedua. ALLAH permudahkan segala2nya. ALLAH memurahkan rezeki ku serta keluarga sehingga kami dapat menunaikan hajat kami ini.
Keyakinan itu penting. Waktu pasang niat tue, memang tiada simpanan lagi, tapi berusaha menyimpan sedikit-sedikit. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan. Niat ku satu, aku mengharapkan aku jumpa sesuatu yang ku cari selama ini. Ku sentiasa berdoa, agar ALLAH memberikan petunjuk kepada ku nanti.
Aku ingin dekat dengan Rasullah, walaupun ku pasti tidak ketemunya, cukuplah sekadar dekat dengan makamnya. Aku ingin melihat Kaabah di depan mataku. Merasa sendiri kepayahan Siti Hajar, berlari-lari anak sebanyak tujuh kali untuk mencari air untuk anakandanya, Ismail. Buat sahabat-sahabat ku, ku mohon maaf dan doakan kesejahteraan kami sekeluarga sepanjang di bumi Arab ini. Semoga kita bertemu kembali....wassalam
2 comments:
salam wrt. nadia, semoga menemui apa yang dicari ye? Amin ya Rabb.
salam kak nadiah~~
waaah bessnye dpt jenjalan ke sane!!! huu.. akak, kite nak pekse ni. luse. huu. doakan ye kak! (^^)
Post a Comment