Hurm...lagi satu paper je lagi. Tak sangka...dah lepas 4 paper.....betul cakap pakcik Roslan....time goes sooooo fast. Pasni nak keje....tapi sebelum keje banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Sepanjang minggu lepas....tumpukan perhatian kat study....hehehe....rasa bosan gak....tapi bertahan. Niekan last semester....kena all out....Nie baru nak update blog.
Tapi usrah berjalan seperti biasa. Kebetulan usrah pada Jumaat yang lepas, 25 hb April...adalah birthday Farah(adik usrahku yang comel) yang ke 23...ehhh 21 tahun....huuhuhu. Nyaris-nyaris nak tulis atas kek tu 23 tahun....akak ingat kite sebaya Farah. Sebenarnya akak lupa hari tu birthday Farah. Tapi alang-alang nak anta Hanisah...akak pakat senyap2 ngan Hanisah nak beli kek untuk Farah. Kebetulan masa dalam kete mak Farah tanya ada kek tak? hehehe....Kitorg berdua senyum je kat depan....
Sedap kek Farah...ada pelbagai jenis buah. Buah KIWI, STRAWBERRY ngan PEACH.Pada hari Khames bersempena dengan Hari Buruh...ada usrah gabungan Penggerak K-UiTM. Alhamdulillah terubat hati ini dengan pengisian dari pakcik Roslan. Tentang Ulamak terkenal, Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani. Syeikh ni berjaya menginsafkan ketua penyamun di waktu beliau berumur sekitar 16 tahun. Cuba nilai balik diri kita, siapa yang kita dah dakwah. Betapa perlu kita bersabar dengan takdir yang diberikan ALLAH kepada kita. Orang yang sabar sahajalah yang dapat melawan hawa nafsu. Nafsu menolak benda yang susah. Selalu ingatkan diri kita yang kita perlu berperang dengan nafsu. Apabila kita berjaya melawan nafsu, ALLAH akan campakkan ketenangan di dalam hati kita. Pakcik juga bagi assignment kepada kami untuk menghafal surah Ali-Imran-ayat 102-104. Dalam ketiga-tiga ayat ini ada agenda umat Islam. Agenda kita sebagai Khalifah di muka bumi. Pegang ayat ini terutamanya kita sebagai Da'ie.
Dalam minggu tu gak...dapat jemputan walimah Kakak Insurans ku....Kak Suhaila.....Saya tumpang gembira and doakan kak su and abg paiji sentiasa dirahmati Allah. Tak tahu nape gembira sangat kak Suhaila kawen....hehehe. Yang paling best gak....dapat jumpe baby kak Nuha...Izzah Hanani. Baik betul baby kak Nuha. Senyap je...tak kisah org cium ke, org jerit ke.....baik betul. Biasala....bak kata orang...perut kenyang....hati senang (^_^)
-Rombongan cik Salwa with pengantin-
-Izzah Hanani yang khusyuk di buai mimpi-
Seronok...seronok gak...jangan lupa ye baca buku...Nadiah....
1 comment:
bestnyeee, mmg tak dpt p, and izzah hanani is soooo cute!
Post a Comment