Wednesday, August 11, 2010
Alhamdulillah, seperti yang kita semua ketahui, semalam merupakan hari permulaan puasa bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia juga merupakan kali pertama saya berpuasa bersama suami dan anak yang masih di dalam kandungan.
Pada mulanya saya agak risau, mampukah saya bangun utk masak sahur buat suami, mampukah saya berpuasa penuh 30 hari, mampukah saya masak utk berbuka dan akhir skali mampukah saya berterawih pada malamnya.
Selama saya mengandung nie, saya memang masak utk suami, tapi bukanlah setiap hari. Cuma selepas masak, saya akan mengalami keletihan yang teramat dan bengkak kaki. Kaki saya bengkak awal berbanding ibu2 mengandung yang hanya akan mengalami bengkak kaki pada bulan ke-8 ke atas. Tapi alhamdulillah, saya masih boleh masak dan mempunyai kudrat utk masak, cuma selepas masak memang mengah.....huhuhu.
Saya ada juga berlatih utk puasa sunat sebelum nie. Jujur saya katakan, ada hari2 yg saya tak larat. Info bg kawan2: jika kita berbuka/tidak puasa sebab diri kita, kita hanya perlu ganti puasa. Dan jika kita berbuka/tidak puasa sebab anak didlm kandungan, kita perlu ganti puasa dan bayar fidyah ye. Saya banyak berdoa agar saya dapat berpuasa penuh kerana selama ni tidak berpeluang disebabkan "bulan merah" mengambang setiap kali ramadhan.
Sebelum menjelang Ramadhan, tidak putus2 saya berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan utk berpuasa, beribadah dan masak utk suami. Saya juga minta suami doakan saya selalu. Dan saya juga bercakap dengan baby supaya bantu emaknya berpuasa penuh sebulan, memasak, berterawih dan mengkhatamkan alQuran.
Dan hasilnya semalam, alhamdulillah. Benarlah setiap perbuatan disertai dgn niat dan azam. Saya dapat bangun sahur (masak sayur dan goreng ayam), puasa penuh dan berterawih. ohhh....utk berbuka, saya "terbang" ke shah alam dan berganding bahu dengan mak utk memasak makanan berbuka.....hihihi.
Memang rezeki saya dapat suami yang tak cerewet bab makan. Suami kata utk sahur masak jer yg simple2, hatta kalau tak sempat kurma ngan air putih pun jadilah.....huhuhu. tapi, saya perlu makan makanan berat sedikit, at least susu,roti....demi menjaga keperluan sikecik didlm. Menu hari nie belum pikir lagi, tapi yg penting simple but special bak kata my husband.
Doakan saya dapat berpuasa penuh dan diterima ALLAH, insyaALLAH.
Wednesday, June 9, 2010
Then We made the drop of water a clot, then We made the clot a piece of flesh,
then We made the bones with flesh, then We developed it into another shape. So
blessed be Allah, the Best Creator (23:14)
Thursday, June 3, 2010
Salam sume, tahu tak nape kita kena solat awal waktu......sebab apabila azan berkumandang....alam akan menjadi stabil dan ada aura yg bersedia utk diserapkan ke tubuh2 kita. sesiapa yang suka melengah2kan solat, which sometimes i did.....huhuhu, solat tidak memberi apa2 kesan kepadanya. Sebab itulah, bila tiada azan lagi di bumi ini, kiamat akan berlaku disebabkan alam sudah tidak stabil.....masyaALLAH.
Jom kita lihat aura/colour yg dikeluarkan di setiap solat lima waktu:
SUBUH - Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
ZUHUR - Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
ASAR - Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB - Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (gangguan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYAK - Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Sumber: www.zahazan.net
Tuesday, June 1, 2010
Untuk mereka yg masih belum jelas atau tidak tahu apa yg baru berlaku. Tolong ambil tahu.
Perkembangan terkini (semalam) flotilla Lifeline4Gaza:
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.
Sumber:Lifeline4gaza.org
Tuesday, May 25, 2010
Thursday, April 22, 2010
Monday, February 22, 2010
Bismillahirrahmaanirrahim......
What should i update on my life here in my blog......emmm, nothing much i guess....but one thing that i would do almost every time in the office is blog hop on recipe blog one after another. Its kind of my hobby now, admiring the recipe and not to forget the drooling pictures of the food....especially if i'm fasting on that day. But, i'm a bit picky on the recipe....will only choose the easiest and simplest recipe to try on.
Maybe my enthusiasm on my new hobby is relating to the motivation to cook for my family. To please a husband is through his stomache rite.....and mom's food is the best. This is also much related to the cleanliness and healthiness of the food that you cook. Of course at home we clean every inch of the chicken and fish we cook. And we reduce the amount of cholesterol consume by using olive oil and reduce the oil in cooking. We try our best to eat healthy food but sometime i couldn't deny that I crave to eat outside. And we will choose to eat something that I couldn't cook so that it's value for the money.
Last weekend, I received first visitor to our little home. And its make me very happy. Who else, its my BFFJ of course(my parents and brothers and also my PIL had already came for a few times). And we all made sphaghetti meatballs. Guess where do I got the recipe, in the internet from blog hop.......I'am very happy and would like them to come again.....
when a visitor come to your house they brings rahmah along, when they
leave they will took your sins along
So, this coming saturday, we will make a kenduri kesyukuran just for the family first. I will cook for 20 persons food. Hopefully, my hands are not trembling and shaking and above all, sume org dpt makan dgn kenyang......hehehe.....doakan ye.
Tuesday, January 19, 2010
Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam … kalian akan
dimadukan!Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan
Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…Kehadiran dirimu adalah untuk
bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang
perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan
harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!Bantulah suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan
perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
Wednesday, January 6, 2010
Waktu itu, hanya mentaati suami yang tidak dapatku buat, teringin rasanya untuk mempunyai seorang suami. Tetapi kini, alhamdulillah, dengan adanya seorang suami sekarang, lagi mudah untuk masuk syurga dan mendapat pahala(tetapi mestilah berlandaskan syariat ALLAH). Itulah keistimewaan seorang wanita apabila bergelar isteri.“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa
sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” - (Riwayat Imam Ahmad)