Thursday, June 18, 2015

Kisah 2 Ramadhan 1435H bersamaan 30 June 2015

Bismillahirrahmaanirrahim...

(Sambungan Kisah 1 Ramadhan 1435 : Kisah 1 Ramadhan)

Pada pukul 2.00 pagi, nurse datang sambil bertanya, "tahan lagi tak puan, ok tak?". Umi dah tak tahan, umi minta pain killer dari nurse. Waktu tu bukaan baru 3 cm. Abi di sisi setia menemani. Setelah nurse memberi suntikan pain killer, umi masih gelisah dan tak boleh rest. Pada pukul 3 pagi, nurse check bukaan dan bukaan dah 8 cm. Cepat-cepat nurse menelefon dr. Pukul 3.30 pagi, Dr pun datang. Belum sempat Dr menukar baju, dia pecahkan air ketuban umi.

Masa dia pergi menukar baju, umi tak tahan dan umi push.....and nurse jerit. Dr dah nampak kepala. Cepat-cepat Dr masuk dan in time untuk menyambut baby. Leganya umi rasa, namun, apa yang bakal umi adapi lagi sakit dr sakit bersalin. Dr tak sempat buat episotomi, jadi koyak 1st degree....sakitnya hanya ALLAH yang tahu. time tulah umi tak lepas-lepaskan tangan abi. setiap kali terasa sakit, umi akan menggenggam tangan abi kuat-kuat.

Alhamdulillah, lahir sudah mujahid umi, anak kami berdua, adik kakak rumaysa yang diberi nama Luqman bin Hasfaradi. itulah kali terakhir umi bersalinkan zuriat dari abimu, Hasfaradi bin Halimi. Itu juga merupakan kali terakhir dia menemankan umi menjalani check up dan berada di labour room bagi menyambut kelahiran zuriatnya. itu juga merupakan kali terakhir dia mengazankan dan mengiqamahkan zuriatnya.

Luqman, namamu kami pilih sempena Surah Luqman. Semoga Luqman membesar menjadi Luqman Al-Hakim, Luqman yang bijaksana sepertimana Luqman yang diceritakan didalam Al-Quran. salah satu sebab juga, supaya setiap kali kami membaca surah Luqman, kami akan mendoakanmu anakku. Luqman ketahuilah, hadir mu rupanya bakal menggalas beban abimu pabila engkau baligh nanti. Luqman adalah wali kepada kakak Rumaysa dan Ummi.

walaupun Luqman tak kenal abi. Tapi ketahuilah Luqman, abi telah menjalankan tugasnya sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab. dia telah menunaikan haqnya sebagai ayah. dia telah memberikan nama yang baik kepadamu dan mengaqiqahkanmu. Malah dia telah menjagamu, menidurkanmu, memberi susu kepadamu, menukar pampersmu, membersihkan najismu apabila Luqman poo-poo, memandikanmu, memberimu makan dan bermain denganmu Luqman. dia telah melunaskan haqnya ke atasmu Luqman. Sekarang dia telah dijemput Ilahi. Umi berdoa dan berharap agar Luqman pula menunaikan haq sebagai anak iaitu sentiasa mendoakannya.






Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah 
 

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)