Bsimillahirrahmaanirrahim.....
Hari lebaran kali ini tidak sama dengan hari lebaran sebelumnya. Lebaran kali ini disambut tanpa cinta seorang suami dan kasih seorang bapa. Gelaranku bukan lagi seorang isteri tetapi seorang balu kepada Hasfaradi. Begitu juga gelaran anak-anakku, iaitu anak yatim pada Syawal 1436 Hijrah ini.
Kalau diikutkan hati, rasa tak nak menyambut syawal buat kali ini. tapi mengenangkan Rumaysa dan Luqman yang sungguh teruja untuk merayakan raya kali ini, ku gagahkan juga membeli baju raya dan persiapan mereka. Walaupun terasa amat berat untuk melangkah ke 1 Syawal, alhamdulillah survive juga raya pertama tanpa seorang suami.
Tapi tidak dinafikan, aku rindu untuk mencium tanganmu, meminta maaf di pagi raya. Rindu yang teramat. Sehingga aku menangis teresak-esak dibahu ibuku saat aku bersalam dengannya. Allah, akhirnya air mata ini tak tertahan lagi. tabahlah wahai hati.
No comments:
Post a Comment