Semalam, 22 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 9 July 2015, sahabat kami ditempat kerja, kak su, kehilangan suami tercinta. bagiku, ujiannya lagi hebat dan berat. Bayangkan, dia bangun untuk bersahur lebih kurang pukul 5 pg dan mendapati suaminya sudah tersembam kaku di atas lantai. dia tiada sakit atau tanda apa-apa sebelumnya, melainkan dia mengadu yang dia sakit dada. Malam sebelumnya juga, mereka berbuka bersama-sama, bergelak tawa, tapi keesokan harinya, dia telah tiada buat selamanya. yang paling sedih, raya juga hanya tinggal beberapa hari sahaja.
Tapi, syukur alhamdulillah, ALLAH ambil nyawanya pada 10 hari terakhir ramadhan. Andai dia sempat bertaubat, dan malam itu merupakan malam lailatulqadr, alangkah untungnya dia. Saat aku bersalaman dan memeluknya, tak terbendung air mata ini. aku paham sebab aku mengalaminya. Hanya mampu mengucapkan sabar dan mendoakan agar beliau diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kehidupan tanpa suami tersayang.
suamiku, saya selalu mengingatkan diri ini, ada orang yang lagi hebat ujiannya dari saya. Saya pernah berdoa yang biarlah saya kehilangan orang tersayang bukan secara mengejut seperti kak su. Alhamdulillah, Allah makbulkan. sekurang-kurangnya abang meninggal di hospital dan sempat saya berbakti kepada abang di saat-saat akhir nyawa abang.
Al-fatihah buat abang dan suami kak su.
Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah
Hasfaradihalimi.blogspot.com penulisan Allahyarham Hasfaradi bin Halimi. Al-fatihah
No comments:
Post a Comment