Anak susuan merupakan anak yang diberi susu ibu selain daripada ibu kandungnya. Umi juga mempunyai anak susuan. Anak adim umi, pak ngah Luqman dan Rumaysa merangkap sepupu kepada kamu berdua. Nama anak susuan umi ni, Hana Humaira lahir pada 14 May 2015, 12 hari selepas pemergian Arwah abi. Nama Hana Humaira juga adalah idea dari abg Luqman dan kakak Rumaysa. Hana - Abg Luqman suka sebut nanana..dan suka dengar qasidah ya hanana
Humaira - ni special request dari kakak Rumaysa. Dulu waktu abi ada, Rumaysa menyatakan hasratnya, Rumaysa nak adik lagi, adik girl dan nak letak nama Humaira. Umi pandang abi, in shaa ALLAH, tunggu adik Luqman besar sikit ye. Abi hanya tersenyum dan berkata in shaa ALLAH.
Tapi, Rumaysa dan Luqman tetap dapat adik......iaitu adik Hana Humaira. Kiranya Hana ni mahram Luqman......anak susuan umi. Alhamdulillah. Banyak pandangan mengenai bilangan penyusuan yang akan menimbulkan ikatan mahra. Ada yang kata 2-3 kali kenyang. Ada yang kata hingga 5 kali kenyang. tapi sebab sekarang kita bagi dalam botol. Umi dah supply dalam 15 oz. Dan ada juga yang umi bagi direct.
Moga anak-anak umi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Yang akan menjadi khalifah yang beriman dan bertaqwa.
No comments:
Post a Comment