Bismillahirrahmaanirrahim...
Semalam, hati saya sungguh tersentuh. Sewaktu menunggu ayah menjemput saya di stesen LRT Bangsar selepas kerja, berhenti sebuah bas di hadapan saya. Terlihat seorang ayah meriba anaknya yg mungkin berumur 5 bulan bersama dgn sling bag baby di tepi tingkap bas tersebut.
Saya mencari-cari kiranya ada wanita atau isterinya di sebelah. Ternyata sekali kerusi sebelahnya kosong. Cuma.....kenapa, tiada penumpang yang duduk di sebelahnya walaupun kerusi itu kosong. Mereka yang naik juga, hanya melihat kerusi itu dan terus ke belakang.
Saya melihat kerusi tersebut, rupanya ada beg besar di bawah kerusi menyebabkan sukar untuk penumpang lain untuk duduk. Terlihat riak muka si ayah serba-salah. Tapi apakan daya, dia juga tidak mempunyai ruang untuk meletakkan beg tersebut di kerusi beliau. Akhirnya, seorang kakak sedaya upaya untuk duduk di kerusi itu. Dari pemerhatian saya, kakak tersebut bertanya, "berapa bulan baby?" dan kakak tersebut menyergah-nyergah baby tersebut. Tiadalah si ayah berasa serba-salah lagi.
Hati saya luluh, mengenangkan si ayah yang bersusah-payah mengendong anaknya bersama dgn beg besar. Mungkin mereka baru tiba dari kampung. Tidaklah diketahui perihal si ibu. Betapa kasihnya si ayah kepada anaknya, diusap-usap dan dibelai-belai rambut si anak. Saya berdoa, supaya si anak kelak akan membela nasib si ayah apabila dia dewasa kelak. Semoga dia menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendoakan kedua ibu-bapanya.
Saya juga memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH kerana mengurniakan rezeki kepada kami sekeluarga. Sudah lama rasanya saya tidak menaiki bas awam. Berhimpit-himpit dan bersesak-sesak dgn org ramai. Seingat saya, semenjak saya lahir, ayah sudah mempunyai kereta. Alhamdulillah...wa syukurillah....
Saya suka melihat perangai manusia yang berbagai rupa apabila saya menunggu ayah di stesen LRT bangsar. Adik-adik remaja yang baru balik dari sekolah, pekerja-pekerja Indon yang baru balik dari kerja dan manusia-manusia yang berlari mengejar bas apabila bas tiba. Dan kadang-kadang saya mengalihkan pandangan, tak sanggup melihat bas yang padat seboleh-bolehnya di sumbat sehingga tersepit manusia apabila pintu bas itu tertutup. Membuatkan saya berzikir kesyukuran betapa untungnya saya, berbanding dgn mereka semua....Alhamdulillah..
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.” (Al-An’aam 6: 11)
8 comments:
Memperhati dan berfikir, itu sifat yang Allah suka :)
Setiap detik hidup itu pelajaran bagi kita: universiti kehidupan yang penuh sarat dengan hikmah, andai saja kita berfikir & merenung 'kata-kata' Allah disebalik apa sahaja yang boleh di'sense' oleh semua deria kita.
Mari kita jadi hamba2NYA yang merenung, berfikir & bersyukur! ^-^
p/s: kite biasa jugak berhimpit dulu, skrg keadaan lebih baik alhamdulillah :)
betul tu syah.....agreed with you 100%....
alhamdulillah keadaan lebih baik....
sometimes i feel like i can't watch people like this, it just makes me sooo sad but then again, menginsafkan, InsyaAllah~
salam. yea, we've got to 'turun padang' sometimes, keluar dari comfort zone untuk lihat dunia sebenar :)
Ade skali tu, kite tman mak shopping@SOGO.Naik KTM.Mls drive smpai KL.Dlm pjalanan blk, sgt penuh org.Kami tpksa bdiri.Smpai 1 stesen ni,ada 1 fmily msuk.Ada sorg ibu + baby dlm sling baby bag.
my mom ckp la, "ada baby ni, siapa yg duduk, pls bg 1 tempat".Tp takde sape yg peduli.Mustahil tak dgr.Sebab my mom ulang smpai 3x.Lgpun,takkan xdgr baby tu merengek.Tak prihatin btul la diorg.Geram je rasa.
Sblm kuar KTM,kite sempat ckp, "sape yg buat2 tak dgr tu, moga Tuhan tarik blk nikmat pendengaran dia 1 hari nanti".Jahat ek kite ckp cmtu.Tp da geram sgt2~
melihat dunia ini memberi kita satu pengajaran...kadang2 rasa sedih dan tak sanggup untuk melihat realiti kehidupan ini zahrah....tapi yg penting setiap kali kita melihat....jgn mencemuh tapi berdoa dan bersyukur selalu.
ye ke izzat.....napela diorg tu tak de perasaan langsung. salute awak for the brave to say sthg like that ^_^
hadoi la.. memang sakit jiwa je ngan orang yang buat-buat tak tahu ni. ada one time tu, biasa le pepagi orang BUAT-BUAT tido dalam train kan, kt kejutkan sorang sista, suruh dia bangun bagi seat pada sorang akk yang sarat mengandung ni.
something needs to be done. kempen dalam train perlu diperluaskan lagi. to whom should i write eh?
sista bangun tak kasi seat.....padahal dah terang2 iklan dalam tv...tp ramai lagi yg buat tak tahu.
maybe you can write kat columns in newspaper ke?...huhuhu
Post a Comment