Monday, June 29, 2009
This video really touch me.....semoga daku menjadi salah seorang isteri seorang mujahid....ameeennn
Berikanku kekuatan YA ALLAH....
Berikanku ketabahan YA ALLAH.....
Jangan ku hanyut dengan dunia yang penuh kealpaan...
Berikanku Hikmah di dalam membuat keputusan....
Tidak terburu-buru supaya jauh dari penyesalan...
Kerana ENGKAU lebih mengetahui....
KepadaMU ku sandarkan impian dan harapan...
Semoga doaku diperkenankan......ameeen...ya rabbal alamiin
Wednesday, June 24, 2009
Bancuhan koko yang pekat(coco powder + air)
Tuesday, June 23, 2009
Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah. Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia. Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".
Kesabaran Pertama : Sabar menghadapi kekurangan pasangan.
Pernikahan adalah kesimpulan terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi, bukan untuk saling mengalahkan. " Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. " QS An-Nisaa' : 1
Kedua : Sabar menghadapi godaan.
Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.
Ketiga : Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki .
Berapa pun rezeki yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan . Allah SWT berfirman ; " Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih " QS Ibrahim : 7
Keempat : Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri.
Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi 'i menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya , dengan catatan anaknya harus saling mencintai . Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan dua ibu . Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghurmati kedua orangtuanya.
The article above is for all my readers and also for myself. Thanx Zahrah for forwarded this good article
Sunday, June 21, 2009
13 Jun 2009
Bangun dengan penuh semangat untuk membawa cute red Innova(thanks to ayah for let me drive his Innova) jauh merentasi daerah Kuala Selangor ke Selekoh, Perak Daru Ridzuan. Janji dengan akhawat kul 6.30 pg, tapi ALLAH jua menentukan, pukul 8 pg baru bertolak ke Selekoh, Perak untuk memenuhi jemputan kenduri akh Farhan and kak ju.
Dalam perjalanan, kami semua berdoa agar dapat melihat mereka bernikah. Mereka dijadualkan bernikah dalam pukul 10 pg. Fatimah, (penghibur kami di perjalanan ^_^) bermessage dgn rombongan lelaki supaya jangan on time sampai ke rumah pengantin perempuan....hehehe. Alhamdulillah, berkat doa kami dan innova yg setia dgn 100++km/j, sempat tiba saing dgn rombongan pengantin lelaki.
Apa lagi jumpa kak ju dan borak2 kali terakhir sebelum bergelar isteri. Kelihatan kak ju tenang. Dalam kami berborak-borak, pengantin perempuan di minta keluar kerana akad bakal dilangsungkan. Dek kerana pengantin tiada teman selain pengapit, saya di minta untuk menjadi peneman pengantin dan pengapit di kala si suami melafazkan akadnya. Malu, tapi untuk menolak, tak sampai hatila pula. Maka, jadilah diri ini pengapit terjun pada hari bersejarah mereka ^_^
Selesai makan nasi kenduri dan bergambar kenangan, kami meminta diri kerana perlu melawat mujahid baru keluarga abg bai and kak julia, Mohsin. Si comel Mohsin baru berumur 31 hari pada hari ini. Seronok Mohsin mempunyai seorang abg and dua org kakak yg sayang pada dia (sumayyah dan syaimaa' tak kasi kami bawa Mohsin balik ke shah alam). Lam juga kami borak-borak dan makan-makan di rumah mak kak julia. Nanti Mohsin dah balik sini, nak selalu main dengan dia.
Tamatlah sudah misi kami, tapi sebelum balik, kami tunaikan hajat Fatimah yg jarang2 melihat padi untuk ber'posing' di bendang yg luas terbentang saujana mata memandang....subhanaALLAH....betapa luas bumi ciptaan ALLAH.
Sila klik di sini, catatan co-pilot saya pada hari tersebut ^_^
14 Jun 2009
Hari ini teringin sangat nak buat cup cakes, since Afiq pun ada. Tapi, kena attend mesyuarat berkala ALIPH pada sebelah pagi dahulu. Walaupun penat semalam belum hilang, gagahkan diri juga untuk menyibukkan diri pada hari ini. Balik sahaja dari mesyuarat iaitu dalam pukul 1 ptg, singgah kedai bahan2 kek untuk membeli bahan2 cup cakes. Resepi ini adalah resepi dr internet, yummilicious dan pertama kali nak mencuba resepi cup cakes nie. Tapi sebelum buat cupcakes, kena masak untuk makan tengahari afiq yang bakal pulang ke asramanya.
Terkejar - kejar rasanya, lepas masak2, kena bakar2 pula. Alhamdulillah, cup cakes tu sedap. Akan letak resepinya di entry yg khas. Pada waktu malamnya, ingin cuba pula untuk menhiasi cupcakes tadi. Malangnya tidak berjaya dan rasanya perlu belajar lagi resepi buttercream ^_^
Berakhirlah hujung mingguku pada minggu ini....alhamdulillah
20 Jun 2009
Hari ini dan esok, persatuan bekas-bekas pelaja Institut Pendidikan Hira atau ALIPH, mengadakan program Ijtima' Mahabbah Sanawi, Program berkala dua tahun sekali. Kali ini ia diadakan di Port Dickson, Negeri 9. Minggu lepas ke Perak, minggu ni ke N.9 pula ^_^
Objektif adalah untuk mengumpulkan ahli2 ALIPH and updates a few things about the program2 dan aktiviti2 yang bakal diadakan. Tetapi, kebetulan....sangat kebetulan kawan mak dan jiran akan datang makan-makan di rumah pada hari ini. Sangat berat untuk tinggalkan mak sorang-sorang, terkontang-kanting. Jadi, cakap mak, saya akan buat deserts, Fruit salad and aiskrim tiramisu.....resepi pada special entry ye.
Alhamdulillah, mak pun setuju cuma aiskrim tiramisu tak menjadi seperti apa yg dah buat sebelumnya. Aiseyhhh....sangat kecewa mahu sahaja buang, tapi mak kata jangan. Alhamdulillah, malam tu mak hidang kat jiran (mak tak hidang kat kawan dier sebab belum beku lagi) dia kata sedap.....dan benda tu pun habis.....nasib tak buang tadi....huhuhuhu
So, lepas selesai semuanya, bertolak ke PD pukul 3 macam tu.....alhamdulillah sampai kul 5.00 ptg. Register and masuk bilik, minggu lepas tengok padi, minggu ni tengok laut yg luas membentang.....subhanallah.....besar sungguh bumi ciptaan ALLAH
21 Jun 2009
Pagi ni, ada explorace, aktiviti wajib untuk IMS. Berlari-larian di tepi pantai...huhuhu. My mixed group ada 7 org. Walaupun dapat saguhati....still dapat hadiah. Thanx to AJK yg baik hati. Sangat best jumpa kakak2 and adik2 HIRA'. Itulah kebesaran ALLAH, mengembang-biakkan manusia. Dulu sorang-sorang, sekarang berdua, bertiga, berempat, berlima dan seterusnya.....hehehe. Semoga Baitul muslim yang di bina melahirkan insan-insan yang akan menjadi penolong menegakkan Islam semula di bumi ini....insyaALLAH(harap-harap saya salah seorang dari mereka ^_^)
Jom, jayakan Iftar Perdana Hira' and aktiviti2 yg bakal di buat...seru to all my friends....marilah menyumbang to our beloved school yg mentarbiahkan kita sejak kita menganla ABC and ALIPH ba ta....
Wednesday, June 17, 2009
hehehehe....
Tazkirah kali ini:
Jadilah Hamba Allah Yang Mukhlis iaitu Orang2 Yang Ikhlas dalam
Ibadah dan Menuntut Ilmu Hanya Kerana Mengharapkan Redha Allah swt, Kerana Hanya Dengan Ikhlas, Dapat Menghindarkan Kita Dari Godaan dan Fitnah Syaitan.Allah Berfirman: “Iblis berkata: ‘Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka” (Al-Hijr 15:39-40)
Sunday, June 14, 2009
I kept on reading and reading her article and I felt something strange
inside. Then, I sent her a message that change my life and her
life.......Will you marry me???-Giovanni Galuzzo, Kak Kauth's husband
That's part of story from the whole story how Kak Kaoth's met her husband. Both of them are from different continent, Gio in USA and Kak Kaot in Malaysia, but faith by ALLAH has brought them together and they are legally tied the knot on Last Friday, 12 June 2009.
Their story is hardly to believe, impossible but when ALLAH said KUN FAYAKUN.....no person...nothing can stop what ALLAH had fated for HIS servant. Why am I soo amazed and inspired by Kak Kaot's story.
Both of them......dress kak kaot yg cantik bangat....
Back in 2007, I was helping Kak Mar selling her cloths and my kuih raya during the fasting month in UM. Kak Kaot help to sent us to UM. She picked me up from my house and then picked kak Mar which is about 15 minutes from my house. So, we chatted about life, works and I remembered that Kak Kaot's said she didn't found anyone yet and her mother will find someone for her next year, if noone come. We laughed and after that conversation, I didn't chat with her for a long time.
Suddenly, in 2008, during Kak Sarah's wedding, I heard rumors that Kak Kaot's met somebody, not a MALAYSIAN, but ITALIANNESE. I don't take it serious, after all, its rumors and I don't have any intention to ask her too(but, I'm quite amazed...Kak Kaot with foreigners). The occured(pelikss) thing about their meeting is that they met through internet.......huhuhuhu.
Time goes by.
Somewhere in September or after raya....I can't remember.......but during the SYEIKH YUSOF ESTES tour in Malaysia, Kak Kaot's sent a message promoting the YUSOF ESTES talk in Shah Alam. I called her and said I will be coming with my mom, which we did and surprisingly, Kak Kaot's was the MC during that talked. After the talked, I met her and she said 'Do you want to go tonite, in Masjid Wilayah where Syeikh Yusof will be given different talked there'. And I said, why not......and of we go. Alhamdulillah, I got a green light from the parents (^_^)
Then, during our way to Masjid Wilayah, we chatted about this topics. She also admitted, there are lots of rumors about how she met her husband to be (at that time). I'm simply said that I want to hear from you...is it true that you met him in Islamic matrimonial site...she said no
Kak Kaot joined an islamic network same as friendster only it is Islamic version. She posted article, not a marriage article but open islamic topic article or poem something like that. Suddenly, someone gave a message to her, a direct message asking her to marry him. Of course, at first she felt like this guy is playing around or not serious because they've never known each other. Kak Kaot's have no idea about him at all.
She took quite a time to answer back and so the story begun. After a year they got married.
I like to focus on the morale of the story actually:
- Gio, Kak Kaot's husband is a reverted muslim. Not a muslim by birth like we are. He seek for Islam since 13 years old and reverted to Islam 6 years ago. But he faith, MASYAALLAH. Kak Kaot said that he has an ambition to study Islam in Kuwait after they got married. Gio is the only muslim in the family. All the family member, is yet to be a muslim InsyaALLAH. He also know what he did and he is a very determination Muslim, look at how he proposed Kak Kaot.
The matter things to him is the faith of the girl....not others.
- Kak Kaot JODOH has been fated. I said to Kak Kaot "I remembered you said you have no one yet, but after a couple of months, suddenly I heard that you met somebody and futhermore he is a foreigner" Kak Kaot's said it is a miracle that ALLAH had given her. She found that they are compatible with each other......and add to me that.....don't worry about marriage, ALLAH will make it happen, in HIS on way....something that you couldn't imagine.....INSYAALLAH.
To both Kak Kaot and husband......wish u a happy marriage and May ALLAH bless both of you till the hereafter.
Poem made by the Groom to the Bride...so sweet
Thursday, June 11, 2009
alhamdulillah, two of my BFFJ has came back safely from England last Wednesday.
Thank you sooo much for the souveneirs especially the s***.....hehehe
~Beg pack travellers~
So chomelz and cute......wore it today to the office....
Their holiday's pictures were awesome......so happy....so many beautiful places visited especially the Disneyland and Cadburry warehouse.....and all their adventurous that couldn't imagined by me because I'm not experienced it....best jer tengok gambar2 diorg.
I like and always looking forward for holiday. But, I was quite traumatic when the holiday comes to the end, I will be sad to think that the holiday is going to its end and have to come back to daily routine boring life.......sometimes, I will quietly cry........
But a friend told me, that is why we have to appreciate and enjoy as much as we can during our holiday. Don't think about how may days left and always think about how beautiful ALLAH has made this world......whatever is starting will eventually end and that is the reality of life......the SUNNATULLAH......
Before I end my entry.....Please take care of the 4S-SOLAT
-SYAHADAH
-SILLATURRAHIM
-SANGKA BAIK
Sebenarnya ada 5S, tapi tak ingat lagi satu, dengar dari IKIM.FM (^_^)
Jauhi Perdebatan Walaupun Dipihak Yg Benar, Tinggalkan Dusta Walaupun
Bergurau, Dan Perindahkan Akhlak, Ganjarannya Syurga. Nabi saw bersabda: “Aku
menjamin dengan sebuah istana yg terdapat ditepi syurga bagi org yg meninggalkan
perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yg terdapat
ditengah syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia hanya bergurau, dan
aku menjamin dengan sebuah istana disyurga yg tertinggi bagi org yg membaguskan
akhlaknya” (HR Abu Dawud, Disahihkan oleh Albani dalam Silsilah Hadis
sahih)
Tuesday, June 9, 2009
Sharing of thoughts:
Ikhlaskan Dirimu Dlm Beribadah n Menuntut ILMU. Nescaya kamu tidak akan dapat disesatkan oleh syaitan. ALLAH berfirman:"Iblis berkata,'Ya Tuhanku, oleh sebab ENGKAU telah memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba2 ENGKAU yang MUKHLIS diantara mereka"(ALHijr 15:39-40)
Umar Al-Khattab ra berkata:"Kami menemukan kebahagian hidup bersama kesabaran"(atsar sahabat riwayat Bukhari)
Nabi saw:"Bersin itu dr ALLAH dan menguap itu dr syaitan. Jika salah seorang dr kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika katakan 'aah', maka syaitan tertawa didalam perutnya. Sesungguhnya ALLAH menyukai bersin dan benci menguap"(HR AT-Tirmidzi, hadis sahih) Katakanlah ALHAMDULILLAH sesudah bersin dan A'uzubillahi minasy syaitanirrajim sesudah menguap
Nabi saw bersabda:"Berkasih sayanglah kalian, nescaya kalian akan dikasihi, Mohon ampunlah kalian, nescaya akan diampuni. Celakalah org2 yg mendengar perkataan, namun tidak mengamalkannya. Celakalah org2 yg terus-menerus berbuat dosa, padahal mereka mengetahuinya"(HR Ahmad, disahihkan Albani)
Nabi saw bersabda:"Tidaklah seorang Muslim berdoa kpd ALLAH swt, dgn doa yg tidak mengandungi dosa atau memuturkan silaturrahim melainkan ALLAH memberikan kepadanya satu diantara 3 perkara, (1)boleh jadi ALLAH menyegerakan baginya didunia, atau (2)ALLAH menyimpan baginya sebagai pahala diakhirat, atau(3)ALLAH menahan keburukan dr dirinya yang semisal dgn apa yang ia minta"(HR Ahmad, hadis Sahih)
Nabi saw bersabda:"Org mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg terbaik akhlaknya dr mereka, dan sebaik2 kamu adalah yg paling baik kepada isterinya"(HR Tirmidzi, hadis hasan sahih)
Nabi saw bersabda:"Celakalah org yg bercerita lalu berdusta supaya org2 yg mendengarnya tertawa. Celakalah atas mereka kemudian celakalah atas mereka"(HR Abi Dawud, Hadis Hasan)
Alhamdulillah....thummalhamdulillah.....syukur dah lepas exam.....my first attempt for ACCA paper......tapi not sure abt the result....kalau lulus.....alhamdulillah...syukuurr....kalau tak....alhamdulillah juga.....lebih faham.....and lebih pro hendaknya.....hehehe
harap-harap cuti selama 4 hari......korbankan waktu kerja berbaloi hendaknya......but.......thinking again....next paper nak apply at least for a week.....huhuhuhu.......
belajar memang menyeronokkan....terasa muda duduk dalam dewan peperiksaan...lebih2 lagi Dewan peperiksaan sekolah.....tapi rasa saya tak bersungguh-sungguh.....tak put all effort towards this paper.....sigh......hopefully I will learn my lesson.
Dalam waktu2 nak dekat peperiksaan, sempat juga pergi walimah my senior in debat.....kak farah and abg bard.....barakallahu laka......semoga ALLAH memberkati perkahwinan kamu dan memberikan kebaikan kepada kamu berdua. Jemputan perkahwinan wajib pergi kalau dah dijemput, melainkan uzur yg tak dapat dielakkan. Kak farah punya baju sangat cantik....and she looks soooo beautiful(dia memang cantik).
Di majlis2 perkahwinanlah boleh jumpa kawan2 lama, bertukar2 cerita dan update cerita masing2 about life.
Weekend nie ada dua walimah. Both my seniors.....I'm sooo happy for both of them.......
One, on Friday nite....kak Kaot and husband......they have a miracle story on how they met.....will put in my coming entry....their story inspired me sooo much.....
Another one is on Saturday in Perak......konvoi ngan akhawat2ku sayaang.....hehehe
Thursday, June 4, 2009
Notice that my blog has been privatised for a few days.....and now it has been open again to public.
I'm thinking again and again, is my action correct......and why do I blog at the first place?
Why should I privatised my blog and not publicized it. Only when there is people said something and which is correct.....I shut the door and lock myself from the world.
I want to thank to the anonymous guest that made me realized that I have to improve myself. Lots of things I need to correct and my time to death is nearer and nearer(we are getting older, ain’t we). At first, of course I felt angry, sad and inferior. But today, I'm realized that the 'guest' is doing dakwah and that’s what a Khalifah should do. ALLAH sends me HIS message through him/her.
Life is all about choices and human who is given the 'Aqal from ALLAH need to make the wise choice. Hence, with all the Syaitan and Nafsu that are much stronger than The IMAN, we often ended up choosing the wrong. However, ALLAH the ALMIGHTY and the MOST GENEROUS to HIS servant, always send reminder through tribulation and Mehnah, from other people or events.
I always given advice and I used to it……maybe it’s the nature of me. Since, I’m the eldest in the family, always be the head in the class or the organization. I almost get used to it and when somebody said something that what I did is wrong, it’s really hit me. But, like I said before……through times….I’ll rationalized what happened. When I read a book, called Ya Ayyuhal Walad, wasiat from IMAM GHAZALI…..beware of advising people, especially, how proud we are each time we advising.
I’m really appreciated what you did and keep the noble work, keep ‘Dakwah’ people around you (anonymous guest). This message is for all my readers too……at this time…..Dakwah is not an option, Dakwah is a must and lets pray that we are one of the people who do this job.
Tuesday, June 2, 2009
Atas sebab musabab saya terpaksa mem'privatised'kan my blog untuk sementara waktu..
Saya rasa amat sedih...apabila tidak semena-mena.....saya diserang dan saya tak tahu samada org itu mengenali saya sebetulnya. takpelah dugaan nak exam.
ya....dugaan selalu dtg time2 nak exam.....dan saya amat takut untuk menghadapi peperiksaan.
mungkin salah satu sebab kerana kurangnya persediaan.....
doakan saya rakan2........tabah menghadapi ujian....