13 Jun 2009
Bangun dengan penuh semangat untuk membawa cute red Innova(thanks to ayah for let me drive his Innova) jauh merentasi daerah Kuala Selangor ke Selekoh, Perak Daru Ridzuan. Janji dengan akhawat kul 6.30 pg, tapi ALLAH jua menentukan, pukul 8 pg baru bertolak ke Selekoh, Perak untuk memenuhi jemputan kenduri akh Farhan and kak ju.
Dalam perjalanan, kami semua berdoa agar dapat melihat mereka bernikah. Mereka dijadualkan bernikah dalam pukul 10 pg. Fatimah, (penghibur kami di perjalanan ^_^) bermessage dgn rombongan lelaki supaya jangan on time sampai ke rumah pengantin perempuan....hehehe. Alhamdulillah, berkat doa kami dan innova yg setia dgn 100++km/j, sempat tiba saing dgn rombongan pengantin lelaki.
Apa lagi jumpa kak ju dan borak2 kali terakhir sebelum bergelar isteri. Kelihatan kak ju tenang. Dalam kami berborak-borak, pengantin perempuan di minta keluar kerana akad bakal dilangsungkan. Dek kerana pengantin tiada teman selain pengapit, saya di minta untuk menjadi peneman pengantin dan pengapit di kala si suami melafazkan akadnya. Malu, tapi untuk menolak, tak sampai hatila pula. Maka, jadilah diri ini pengapit terjun pada hari bersejarah mereka ^_^
Selesai makan nasi kenduri dan bergambar kenangan, kami meminta diri kerana perlu melawat mujahid baru keluarga abg bai and kak julia, Mohsin. Si comel Mohsin baru berumur 31 hari pada hari ini. Seronok Mohsin mempunyai seorang abg and dua org kakak yg sayang pada dia (sumayyah dan syaimaa' tak kasi kami bawa Mohsin balik ke shah alam). Lam juga kami borak-borak dan makan-makan di rumah mak kak julia. Nanti Mohsin dah balik sini, nak selalu main dengan dia.
Tamatlah sudah misi kami, tapi sebelum balik, kami tunaikan hajat Fatimah yg jarang2 melihat padi untuk ber'posing' di bendang yg luas terbentang saujana mata memandang....subhanaALLAH....betapa luas bumi ciptaan ALLAH.
Sila klik di sini, catatan co-pilot saya pada hari tersebut ^_^
14 Jun 2009
Hari ini teringin sangat nak buat cup cakes, since Afiq pun ada. Tapi, kena attend mesyuarat berkala ALIPH pada sebelah pagi dahulu. Walaupun penat semalam belum hilang, gagahkan diri juga untuk menyibukkan diri pada hari ini. Balik sahaja dari mesyuarat iaitu dalam pukul 1 ptg, singgah kedai bahan2 kek untuk membeli bahan2 cup cakes. Resepi ini adalah resepi dr internet, yummilicious dan pertama kali nak mencuba resepi cup cakes nie. Tapi sebelum buat cupcakes, kena masak untuk makan tengahari afiq yang bakal pulang ke asramanya.
Terkejar - kejar rasanya, lepas masak2, kena bakar2 pula. Alhamdulillah, cup cakes tu sedap. Akan letak resepinya di entry yg khas. Pada waktu malamnya, ingin cuba pula untuk menhiasi cupcakes tadi. Malangnya tidak berjaya dan rasanya perlu belajar lagi resepi buttercream ^_^
Berakhirlah hujung mingguku pada minggu ini....alhamdulillah
20 Jun 2009
Hari ini dan esok, persatuan bekas-bekas pelaja Institut Pendidikan Hira atau ALIPH, mengadakan program Ijtima' Mahabbah Sanawi, Program berkala dua tahun sekali. Kali ini ia diadakan di Port Dickson, Negeri 9. Minggu lepas ke Perak, minggu ni ke N.9 pula ^_^
Objektif adalah untuk mengumpulkan ahli2 ALIPH and updates a few things about the program2 dan aktiviti2 yang bakal diadakan. Tetapi, kebetulan....sangat kebetulan kawan mak dan jiran akan datang makan-makan di rumah pada hari ini. Sangat berat untuk tinggalkan mak sorang-sorang, terkontang-kanting. Jadi, cakap mak, saya akan buat deserts, Fruit salad and aiskrim tiramisu.....resepi pada special entry ye.
Alhamdulillah, mak pun setuju cuma aiskrim tiramisu tak menjadi seperti apa yg dah buat sebelumnya. Aiseyhhh....sangat kecewa mahu sahaja buang, tapi mak kata jangan. Alhamdulillah, malam tu mak hidang kat jiran (mak tak hidang kat kawan dier sebab belum beku lagi) dia kata sedap.....dan benda tu pun habis.....nasib tak buang tadi....huhuhuhu
So, lepas selesai semuanya, bertolak ke PD pukul 3 macam tu.....alhamdulillah sampai kul 5.00 ptg. Register and masuk bilik, minggu lepas tengok padi, minggu ni tengok laut yg luas membentang.....subhanallah.....besar sungguh bumi ciptaan ALLAH
21 Jun 2009
Pagi ni, ada explorace, aktiviti wajib untuk IMS. Berlari-larian di tepi pantai...huhuhu. My mixed group ada 7 org. Walaupun dapat saguhati....still dapat hadiah. Thanx to AJK yg baik hati. Sangat best jumpa kakak2 and adik2 HIRA'. Itulah kebesaran ALLAH, mengembang-biakkan manusia. Dulu sorang-sorang, sekarang berdua, bertiga, berempat, berlima dan seterusnya.....hehehe. Semoga Baitul muslim yang di bina melahirkan insan-insan yang akan menjadi penolong menegakkan Islam semula di bumi ini....insyaALLAH(harap-harap saya salah seorang dari mereka ^_^)
Jom, jayakan Iftar Perdana Hira' and aktiviti2 yg bakal di buat...seru to all my friends....marilah menyumbang to our beloved school yg mentarbiahkan kita sejak kita menganla ABC and ALIPH ba ta....
7 comments:
Wah2, aiskrim tiramisu!
Dah tau ke kenapa x jadi? hehe.
Kalau nak wat projek tiramisu lagi, ajak laa sekali. Nak gak merasa! :p
rindunye kat hira'....
@ y : okies....no probs....nanti bila nak wat, kita panggil awak
@ yellowrose : nanti bila balik sini, meh join2 prog hira' ek
nad, i'll give full support ntk iftar perdana! inshaAllah.. asma' dah balik time tu, bleh panggil dia wat keje .. hehehe
@zmk: awak memang mesti give full support :p ley jer kalau asma nak....hehehehe
rindunye dgn ken2 hira' ;)
rindu kat awak juga :)
Post a Comment