Wednesday, June 24, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim.....



Aiskrim Tiramisu as easy as ABC



Love Tiramisu (2nd attempt, rupa je lawa, rasa kureeng sikit)



First attempt (rupa tak berapa lawa, tapi sedap ^_^)


Alkisahnya, my office buat majlis makan2 untuk kak sal yg bakal pencen. Diorang kata silalah bawa apa-apa sahaja bagi memeriahkan majlis. Dapat resepi aiskrim tiramisu yg simple dan nampak sedap. Tapi saya ubah sikit resepinya. Boleh klik di sini. So, here goes the recipe:


Bahan-bahan:
Philadelphia Cream Cheese 250gm
Whipped cream (dalam kotak) 1 liter
Granulated sugar 60-100gm
Satu bungkus biskut marie
Sponge fingers (boleh didapati di kedai yg menjual barangan kek)
Bancuhan koko yang pekat(coco powder + air)
Serbuk koko untuk hiasan

Inilah rupa sponge fingers

Cara-cara:
1. Celup sponge fingers dalam bancuhan koko tadi dan susun rapat2 ke dalam bekas sebagai base.
2. Pukul Philadelphia cream cheese dan gula sehingga sebati(guna mixer). Kemudian masukkan whip cream tadi dan pukul sehingga kembang (jadi seperti cream)
3. Celup pula biskut marie dan letak ke tepi dahulu.
4. Kemudian amek krim tadi dan buat satu lapisan. Susun biskut marie di atas lapisan cream tadi. Ulang proses sehingga menjadi tiga hingga empat lapisan.
5. Sehingga lapisan siap, ratakan bahagian atas cream dan hiaskan dengan koko tadi(caranya, amek penapis teh, letak koko powder ke dalamnya, dan ayak sikit2. Untuk love Tiramisu, saya blend biskut marrie dan taburkan untuk membentuk love.
6. Kemudian apabila selesai, masukkan ke dalam freezer dan bekukan ia.

Tryla, senang dan mudah. Siap dalam setengah jam sahaja. Selamat mencuba !!!!

4 comments:

Y said...

wow, terliur laa!

huish, kena ada semangat laaa nak buat benda ni. sbb bahan2 pun kena rajin cari. maksudnya bukan bahan2 yang biasa guna. hehe.

Nadiah, nak rasa gak! hehe.

nadiahazhari said...

hehehe...syah....insyaALLAH kalau buat lagi......hehehe

apakata aisyah pula yg buat, kita just rasa je....hehehe

wanderfulmadnificent said...

bile kite nak pandai niiii, nampak sedapnyeee!!

nadiahazhari said...

tryla yg nie wan....hehehe