Monday, April 6, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim......

Mehnah dan tribulasi....mematangkan diri

Hidup tanpa ujian dan dugaan dari ALLAH, umpama seperti air yang statik
Air yang jernih itu boleh bertukar menjadi keladak dek statiknya ia
Begitulah hidup ini, jika tiada ujian, tiada mehnah and tiada tribulasi
kita akan tepu dan seterusnya kita tidak akan ligat berfikir

Mehnah dan tribulasi umpama seperti makanan dalam hidup ini
Siapakah di dunia ini yang tidak pernah dilanda masalah?
Walaupun ianya bukan kita sendiri yang cari ....

contohnya, kita bawa kereta dengan berhati-hati, lampu signal tidak pernah kita lupa
sentiasa memandang kiri, kanan dan belakang bagi memastikan kita tidak dilanggar dan melanggar orang lain....
Tiba-tiba 'dooom', bonet belakang diasak oleh kereta yang datang entah dari mana....
dan kita terfikir.....salah akukah?

Janganlah kita asyik mencari salah....samada salah kita atau salah orang lain....
tetapi marilah kita melihat HIKMAH disebalik kejadian itu
Hikmah yang terselindung dan yang paling terang ialah ALLAH mengingatkan kita
Bahawa kita tiada kuasa....kuasa untuk mengawal keadaan walaupun kita sentiasa berhati-hati, berjaga-jaga

Disinilah terbitnya konsep TAWAKKAL, Tawakkal kepada siapa....tentulah kepada ALLAH
Serahkan segala-galanya kepadaNYA
Bukankah kita dah berusaha, maka jika sesuatu masalah menimpa....TAWAKKAL dan SABAR adalah teman yang tidak boleh dipisahkan
Syaitan musuh kita pasti bergembira jika kita putus asa, tidak mengharap padaNYA
Tetapi kita kena melawan nafsu dgn SABAR.

Seorang sahabah yang dikasihi pernah berkata CARILAH RAHSIA SABAR
Rahsia yang hanya ALLAH sahaja yang tahu sehingga diungkapkan didalam alquran
ان الله مع الصابرين

Nabi s.a.w. bersabda:
"sungguh menghairankan perkara org Mukmin itu, sesungguhnya seluruh perkaranya adalah baik baginya. Dan hal itu tidak dimiliki sesiapapun kecuali org muknim. Jika dia diberi sesuatu yang menggembirakan dia bersyukur, maka ia menjadi baik baginya. Dan apabila dia ditimpa mudharat, dia bersikap sabar, maka menjadi baik baginya juga"
(HR Muslim)

Ya ALLAH jadikanlah aku dikalangan hambaMU yang sentiasa SABAR dan Redha ke atas setiap apa yang menimpaku, samada ianya baik atau sebaliknya..............

No comments: