Wednesday, April 29, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim........

Dalam kehidupan ini berbaga-bagai manusia telah ku jumpa
Kelakuan semuanya berbeza-beza
Ada yang baik, ada yang nakal, ada yang manja, semuanya ada
Tetapi ada satu tabiat manusia yang ku gagal memahami

Kenapakah manusia dalam kerancakan bersahabat tiba-tiba mendiamkan diri
Adakah sesuatu yang mengguris hatinya
Salah akukah atau salah dirinya sendiri
Mungkin juga salahku yang tidak memahami
Mungkin juga aku pernah melakukan begitu

Ohh manusia...ketahuilah...diammu membawa seribu tanda-tanya
Adakah kau sihat, masihkah kau waras dan yang paling penting kenapa kau mendiamkan dirimu
Ya ALLAH...sesungguhnya hati-hati manusia milikmu....
Hanya ENGKAU sahaja memahami makhlukmu yang bernama manusia ini
Semoga ENGKAU pelihara hatiku, hati-hati saudaraku, hati-hati sahabatku...YA RABBI
يا مقلب القلوب, ثبت قلوبنا على دينك يا اللةََ


No comments: