Apakah permohonan MAAF itu suatu permohonan, atau sekadar kalam tanpa makna yang terlafaz sebagai adat
Bismillahirrahmaanirrahim......
Terkesima baca ayat di atas semalam sewaktu membaca buku terbaru Saifulislam. Sungguh mendalam kata-katanya.
Mari kita renungi kembali, ucapan maaf yg kita ucapkan terutamanya kepada ibubapa di pagi hari raya, adakah betul-betul lahir dari hati kita atau sekadar adat. Adat kerana, usai sahaja solat sunat raya, semua masyarakat muslim akan beratur untuk menyalami ibubapa mereka. Mungkinkah juga, maaf itu hanya kerana duit raya yang bakal di terima.
Bagaimana pula ucapan maaf (keampunan) kita kepada pencipta kita, ALLAH s.w.t. Adakah apabila kita memohon, ianya lahir dari sanubari kita. Adakah kita benar-benar menginsafi dosa kita kepadaNYA. Adakah kita benar-benar IKHLAS. Mengapa kita msih mengulangi kesilapan yang sama. Benar, kita ini manusia yg kata akarnya NASIYA.......yakni pelupa. Persoalannya, adakah kita benar-benar lupa atau buat-buat lupa.
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) KAMI, KAMI akan
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan KAMI. Dan sungguh ALLAH berserta orang-orang yang berbuat baik.(30:69)
No comments:
Post a Comment