ALLAH telah menjadikan manusia berpasang-pasangan. Pasangan dari jenisnya sendiri.....termaktub di dalam kitab suci al-Quran
Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berpikir (Ar-Rum:21)
keyakinan dan pengharapan bahawasanya ALLAH sahaja yang membuat keputusan dalam bab-bab jodoh ini, namun kita perlu berusaha berlandaskan syariat yang ditetapkan. Mungkin dari pengalaman dan janji-janji ALLAH didalam al-Quran. Hanya satu sahaja yang saya pegang demi mencapai keredhaan dan keberkatan dari PENCIPTA saya bahawasanya tiada istilah couple sebelum berkahwin. Bercinta hanya selepas berkahwin!!!!
Saya masih tidak menemui insan yang benar2 ikhlas. Bukan sahaja keikhlasan tersebut terpacul dari kata-katanya, tetapi hatinya juga ikhlas. Ikhlas kerana ALLAH, bukan disebabkan rupa atau harta (hakikatnya saya tiada semua itu). Ya, saya mungkin pernah terkeliru dengan penampilan dan perwatakan. Sangkaan saya meleset......tapi saya sedar, bukan manusia yang menentukan segalanya tetapi ALLAH. Adakah saya ini mudah mempercayai kata-kata manusia, mungkin itu kelemahan saya. Mungkin juga saya memberi ruang kepada 'mereka' untuk memperkotak-katikkan saya (muhasabah diri sebelum menuding jari)
Saya berasa amat tertekan diawal-awal alam pekerjaan saya. Hampir semua kakak-kakak ofis (yang baik niatnya) bertanya, 'awak ni mesti ada pakwekan? eh, takkan takde kot....betul ke takde'. Saya faham mentaliti hampir semua manusia 'menghalalkan couple'. Dan saya juga faham mereka tidak memahami saya. Sebenarnya saya agak rimas dengan persoalan begitu. Kan mudah kalau saya dah berkahwin, soalan2 ini pasti tidak akan timbul kalau jawapan saya, saya dah kahwin. Saya juga tidak mahu menjadi fitnah dunia (perempuan itu fitnah). Namun doa saya panjatkan, ALLAH tempat saya mengadu.....kerna DIA yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat saya, DIAkan pencipta saya.
Ada seorang kakak yang agak rapat dan amat ambil berat mengenai saya. Nasihatnya saya hargai. Dia sentiasa mencuba untuk 'mencarikan' saya seseorang. Cumanya, 'mereka' bukan jodoh saya. Dia amat concern seperti mana concernnya mak saya terhadap jodoh saya. Kepada emak, saya minta dia doakan saya tanpa putus-putus. Ya, tanpa putus2, doa seorang ibu kan mustajab. Saya amat bersyukur kedua-dua ibubapa saya sangat memahami dan sangat yakin. Ayah selalu berkata, jangan risau k.long.....perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Ya ayah, akanku ingat pesananmu.
Habis tu, macamana nak kahwin ni?
Banyak saya terbaca dan mendengar cerita mengenai jodoh ini. 1001 cerita. Kesemua cerita mempunyai cara yang unik dan tersendiri. Yang penting keyakinan dan hidayah yang ALLAH berikan. Kan jodoh telah ALLAH tetapkan, kita perlu banyak berdoa dan pelihara diri kita dari maksiat. Saya yakin, saya juga akan berjumpa dengan jodoh saya dengan cara tersendiri yang telah ALLAH tetapkan. Keyakinan saya juga berdasarkan ayat di atas dan sokongan-sokongan yang ibubapa berikan.
Ya rijaal, solat istikharah dulu jika berkenan dengan seseorang.Pastikan anda yakin dahulu, dan beritahu keluarga. Manalah tahu, keluarga sudah mempunyai pilihan. Tidakkah ini nanti hanya akan mengecewakan sebelah pihak. Bertanyalah dulu kepada rakan-rakan mengenai gadis pilihan sebelum bertanya kepada tuan punya badan. Buat sedikit homework dan research (^_^)Siapalah saya untuk menasihati, tapi ini hanya pendapat peribadi saya......wallahualam.
2 comments:
Assalammualaikum.
Ternyata jelas sekali pendirian Nadiah dalam hal ini. Apa yg mengagumkan, Nadiah dapat menyampaikannya dengan cara yg berhemah sesuai dengan fitrah Nadiah sebagai muslimah. Ada di kalangan kita yg telah terlalu terikut-ikut dengan budaya bukan islam yg melalaikan seperti berpacaran hingga melahirkan 1001 satu masalah sosial yang akhirnya meruntuhkan masyarakat dan kesucian agama. Semoga Allah melindungi Nadiah dan semua muslimah sejati di luar sana daripada fitnah yg merosakkan.
Syukran, ya mari kita doakan supaya semua umat Islam di muka bumi ini kembali ke ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Barulah Daulah Islamiah itu akan tertegak kembali....insyaALLAH
Post a Comment